KUALA LUMPUR – Pelakon, Izara Aishah, dan tunangnya, Adib Khalid mendapat hadiah perkahwinan yang sangat bernilai.
Mereka tidak mampu menyembunyikan rasa gembira apabila menerima hadiah perkahwinan berupa sebuah kereta Rolls-Royce. Kereta itu nilainya sangat tinggi!
Menerusi video berdurasi 41 saat yang tersebar luas di laman sosial dua hari lalu, pasangan secocok itu dilihat meninjau kereta mewah berkenaan sambil ditemani abang sulung Adib, Anas Khalid.
Hadiah istimewa itu adalah daripada Anas sebagai tanda kasih sayang seorang abang buat bakal pengantin baharu.
“Macam mana perasaan beli kereta baharu, sebagai hadiah perkahwinan awak,” kedengaran suara Anas bertanyakan kepada Adib, 27, yang tampak terkejut melihat kenderaan terbabit.
Adib yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studio tersenyum meleret sambil mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas pemberian yang tidak disangka itu.
Daripada pemerhatian, hadiah berkenaan adalah model Phantom dengan spesifikasi cukup mewah berserta perincian dalaman mengikut keinginan pelanggan, dianggar berharga melebihi RM1 juta.
Pada masa sama, Izara, 25, yang yang turut berada di lokasi itu tidak ketinggalan meluahkan perasaan terima kasihnya.
Sementara itu, pasangan secocok yang mengikat tali pertunangan pada 17 Julai lalu, bakal disatukan dalam majlis pernikahan esok, manakala resepsi diadakan di sebuah hotel di ibu kota, Ahad ini.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari Berita Harian