KUALA LUMPUR: Azamuddin Akil, S Chanturu dan R Gopinathan yang merupakan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kumpulan bola sepak, tidak akan beraksi bersama juara Liga Super 4 kali berturut-turut bermula musim depan.

Pengarah Sukan pasukan itu, Martin Prest mengumumkan penguguran 3 permain tersebut menerusi akaun rasmi Facebook, Johor Southern Tigers (JST), semalam.
“Ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada mereka betiga atas jasa dan bakti mereka selama ini terhadap kelab kami”.
Beliau juga amat menghargai kerja keras dan dedikasi mereka sehingga berjaya menjulang beberapa piala sepanjang mereka telah berkhidmat untuk JDT.
Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa beberapa bintang muda akan ke pasukan JDT membabitkan Adam Nor Azlin (Selangor), Adib Zainuddin (FELCRA FC), Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dan Nor Azam Azih dari Pahang.




Mengikut rekod, Chanturu menyertai JDT dari Sarawak pada 2015. Diikuti oleh Azamuddin pada 2016 sebelum Gopinathan yang beraksi bersama Selangor musim lalu, menyarung jersi pasukan Harimau Selatan itu pada awal musim ini.
Bagaimanapun, hanya Chanturu dan Azamuddin yang lebih dikenali sebagai Alex memiliki banyak peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama itu manakala Gopinathan hanya bergelut apabila diturunkan dalam beberapa perlawanan saja.
Bagaimanapun, Chanturu dan Gopinathan dikatakan akan menyertai Melaka United (MU) yang mahu memperkuatkan pasukan itu bagi mengharungi musim baharu Liga Super.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Sumber:
Dipetik & diolah dari Berita Harian