MODEL penutup 2017 paling menggegarkan dari Perodua. Keluaran terbaru Perodua Myvi (2018) akhirnya dilancarkan secara rasmi selepas lebih seminggu kecoh dikatakan oleh orang ramai.

Perkara ini amat mengejutkan apabila Perodua Myvi (2018) kali ini tampil dengan teknologi serba moden, terutama mempunyai Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang memuatkan ciri seperti amaran pra perlanggaran dan brek automatik, juga satu-satunya model hatchback subkompak yang memperkenalkan teknologi sebegini.

Hari ini saya akan menghidangkan kepada anda ciri-ciri yang terdapat pada Perodua Myvi baharu ini !

  1. TAMPIL DENGAN 2 VARIAN ENJIN & 2 TRANSMISI

Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dalam 2 varian enjin:

  • 1.3L 1NR-VE Dual VVT-i; 94hp @ 6,000rpm; 121Nm @ 4,000rpm (sama seperti Bezza)
  • 1.5L 2NR-VE Dual VVT-i; 102hp @ 6,000rpm; 136Nm @ 4,200rpm (sama seperti Vios)

Terdapat 2 transmisi yang ditampilkan : Manual 5-kelajuan (1.3L sahaja) dan Automatik 4-kelajuan.

  1. MEMPUNYAI 5 VARIAN DENGAN HARGA MENARIK
  • 1.3L G [MT] – RM44,300
  • 1.3L G [AT] – RM46,300
  • 1.3L X [AT] – RM48,300
  • 1.5L H [AT] – RM51,800
  • 1.5L AV [AT] – RM55,300

* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans

  1. PILIHAN 6 WARNA
Perodua Myvi
Granite Grey Metallic (kelabu – 1.5L sahaja) warna BAHARU! Sumber foto: Pandulaju.com
Perodua Myvi
Peppermint Green Metallic (hijau – 1.3L sahaja) warna BAHARU! Sumber foto: Pandulaju.com
Perodua Myvi
Lava Red (Merah). Sumber foto: Pandulaju.com
Perodua Myvi
Mystical Purple (ungu). Sumber foto: Pandulaju.com
Perodua Myvi
Glittering Silver (perak). Sumber foto: Pandulaju.com
Perodua Myvi
Ivory white (putih). Sumber foto: Pandulaju.com
  1. LEBIH JIMAT, PERGI LEBIH JAUH

Myvi (2018) mencatatkan kadar penggunaan bahan api lebih menjimatkan seperti berikut:

  • 1.3L – 21.1km/liter
  • 1.5L – 20.1km/liter

* Penggunaan bahan api bagi Myvi terdahulu ialah 15.4km/liter.

  1. ASA – MEMPUNYAI CIRI KESELAMATAN PALING PREMIUM

Inilah bahagian paling menarik, Perodua Myvi (2018) serba baharu menampilkan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (Advanced Safety Assist – ASA) yang terdiri daripada 4 sistem berbeza seperti:

  • Amaran Pra Perlanggaran (Pre Collision Warning – PCW)
  • Brek Pra Perlanggaran (Pre Collision Braking – PCB)
  • Amaran Gerak Depan (Front Departure Alert – FDA)
  • Kawalan Salah Operasi Pedal (Pedal Misoperation Control – PMC)

Ciri keselamatan standard lain yang sudah dipertingkat seperti:

  • 4 beg udara (standard); 6-beg udara (1.5 premium)
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Traksi (TRC)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Fungsi lampu follow-me-home
  • Sensor undur
  • Lampu Signal Henti Kecemasan (ESS)
  1. LUARAN MENGANCAM
  • Lampu depan LED on-off dengan ciri pelarasan (semua varian).
  • Lampu belakang kombi.
  • Hendal pintu but.
  • Rim 14-inci (1.3L), 15-inci (1.5L) dengan dua tona.
  • Kit badan dua tona (1.5L premium).
  1. DALAMAN LEBIH SELESA, KEMAS
  • Posisi gear diubah pada konsol tengah.
  • Slot telefon pintar di kerusi depan.
  • Kunci pintar dan punat tekan-mula (push/start) dengan ciri Eco Idle (semua varian).
  • Paparan skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD.
  • Konfigurasi 8+1.
  • Tempat duduk boleh lipat 60:40.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Dipetik dari: Pandulaju.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here