Anda pasti terkejut dengan berita yang tersebar berkaitan dengan susu Marigold HL yang ditarik dari pasaran!
Pengguna aplikasi WhatsApp sejak semalam dikejutkan dengan penularan dakwaan mengenai produk susu Marigold HL 200 mililiter (ml) dan satu liter (l) yang ditarik dari pasaran mula berkuat kuasa serta-merta.
Produk ini ditarik kerana mengandungi bakteria yang boleh mengakibatkan keracunan. Wah, perkara ini amat mengejutkan!
Perkara ini menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai terutamanya peminat produk tersebut.
Sebelum ini, Malaysia Milk Sdn Bhd (Malaysia Milk) pernah mengarahkan produk sama ditarik balik dari pasaran pada tahun lalu.
Menurut Malaysian Digest, syarikat tersebut tidak mengeluarkan kenyataan yang baru mengenai penarikan produk tersebut dan mereka tidak menemui apa-apa. Sebaliknya, ia hanya laporan yang disiarkan pada tahun lalu.
Pada Oktober 2016 pihak MariGold HL Milk Malaysia menyatakan tindakan penarikan balik terhadap produk tersebut dibuat selepas Malaysia Milk menerima maklum balas pelanggan berhubung produk susu berperisa coklatnya lebih pekat daripada biasa.
Sementara, Ketua Pengarah Kemeneterian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata “susu Marigold HL perisa coklat yang menjadi pekat daripada biasa adalah berpunca daripada pencemaran bakteria akibat injap yang rosak semasa pemprosesan”.
Bagi mengelakkan perkara ini terus menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai, Malaysian Digest menghubungi sendiri pihak Malaysia Milk bagi mendapatkan pengesahan.
Jurucakap khidmat pelanggan memaklumkan tidak menerima sebarang aduan daripada pelanggan berhubung dakwaan susu Marigold HL ditarik balik, sepertimana ditularkan.
Sementara pegawai pemasaran Malaysia Milk memberitahu Malaysian Digest bahawa kenyataan rasmi berhubung perkara itu hanya akan dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi syarikat tersebut, dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi lagi dikeluarkan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi khidmat pelanggan Malaysia Milk di talian 1800-88-5587 atau aduan boleh dihantar melalui emel feedback@mmsb.com.my.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!