Pulau Pinang, Kedah dan sebahagian Perlis dilanda banjir pada hujung minggu lalu dan meninggalkan jejak kemusnahan di seluruh negeri utara.

Banjir
Sumber foto: NST

Selain daripada meninggalkan lebih 10,000 pelarian, terdapat banyak kereta dan kenderaan lain yang terkandas di perairan banjir.

Banjir boleh menyebabkan kerosakkan yang serius kepada enjin, sistem elektrik dan dalaman kereta. Jadi apa yang perlu anda lakukan jika anda mendapati diri anda berada dalam keadaan yang begini?

Berikut adalah beberapa langkah yang mungkin anda boleh lakukan jika kereta anda terperangkap dalam banjir:

  1. Jangan cuba hidupkan enjin kereta anda

Anda semestinya hendak cuba untuk menghidupkan enjin kereta untuk menguji jika ianya masih berfungsi. Elakkan melakukan perkara ini kerana menghidupkan enjin kereta boleh merosakkan enjin dan anda akan menanbahkan kerosakkannya. Kemungkinan besar, anda tidak boleh membaikinya.

  1. Tentukan berapa tinggi paras air
BACA JUGA :   Negeri Di Pantai Timur Mulakan Tahun 2021 Dengan Banjir.
Banjir
Sumber foto: NST

Sekiranya anda meninggalkan kereta anda, kembali dan mendapati sebahagiannya tenggelam, lihat paras air dengan mencari garis air di bahagian dalam atau luar kereta. Jika air hanya berada pada paras pintu pada bahagian yang rendah parasnya, ia mungkin masih selamat untuk menghidupkan enjin kereta dan memandu.

  1. Periksa minyak dan penyaman udara

Jika air masuk ke dalam penyaman udara atau bahagian minyak enjin kereta, anda harus mengelakkan untuk menghidupkan enjin kereta. Hubungi trak tunda untuk mengangkut kereta anda kepada mekanik.

  1. Periksa bendalir brek

Air yang berlumpur boleh masuk ke dalam bahagian kenderaan dan boleh menyebabkan kerosakkan yang serius. Air itu boleh masuk ke dalam stering kereta, brek, klac dan pendingin hawa. Semak semua bahagian ini untuk memastikan bahawa air tidak masuk ke bahagian-bahagian tersebut.

  1. Periksa sistem elektrik
BACA JUGA :   Musim Banjir Berterusan Mungkin Memaksa Pilihan Raya Diadakan Pada Tahun Hadapan

Apabila anda telah merasakan bahawa anda telah selamat untuk menghidupkan enjin kereta, periksa semua sistem elektrik di dalam kereta anda seperti lampu, signal dan apa-apa sahaja sistem kereta yang berkaitan dengan elektrik supaya anda boleh memastikan kerosakkan yang sebenarnya.

  1. Bersihkan kotoran dan serpihan yang berada di sekeliling kereta

Setelah anda telah pasti untuk menghidupkan enjin kereta anda dan memandu, periksa kereta anda sama ada terdapat kekotoran atau serpihan yang terdapat di sekeliling kereta sama ada tayar dan brek.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari NST

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here