Ustaz Bollywood Bakal Menghadap Sultan Johor ?
Ustaz Haslin Baharim atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Bollywood berhasrat untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim bagi memberi penjelasan tentang kuliah agamanya yang dituduh menyimpang dari ajaran Islam.
Umum mengetahui bahawa Sultan Ibrahim telah memutuskan untuk mengharamkan Ustaz Haslin berceramah di Johor. Justeru, beliau mahu memberi penjelasan kerana khuatir baginda mungkin mendapat nasihat yang salah mengenai ceramahnya.
Selain Ustaz Haslin, seorang lagi pendakwah terkenal dari Zimbabwe iaitu Mufti Menk juga dikenakan larangan yang sama.
Sehubungan dengan itu, beliau juga yakin bahawa Sultan Johor dapat memahami apa yang disampaikan melalui ceramahnya iaitu bertujuan membela agama Islam.
Beliau berkata bahawa Sultan Johor mempunyai sifat yang sangat terbuka dengan rakyatnya dan juga seorang sultan yang bijaksana.
Penjelasan Ustaz Bollywood
“Saya merasakan bahawa saya tidak melakukan kesalahan tetapi mungkin terdapat salah paham dan kekurangan maklumat tentang diri saya dan kes ini”, ujar Ustaz Haslin.
“Saya tidak takut untuk berjumpa dan menjelaskan salah faham ini terutama kepada pegawai agama Johor. Bagi saya, berani kerana benar dan takut kerana salah” tambahnya lagi.
Ustaz Haslin sudah 2 tahun tidak berkunjung ke Johor untuk mengadakan ceramah kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
“Saya meminta pegawai agama Johor berlapang dada untuk berjumpa dengan saya dan saya berharap dapat mengadap dengan Sultan Johor” katanya.
Ada Hikmah Di Sebalik Kontroversi
Walaubagaimanapun, beliau mengakui isu tersebut merupakan isu kecil sahaja dan kontroversi yang tercetus mempunyai hikmah yang tersembunyi.
“Saya tidak buat masalah terhadap orang lain. Kalau sesiapa mempunyai masalah dengan saya, saya berharap mereka berjumpa dengan saya. Janganlah buat begini”, tegasnya.
Jauh di sudut hati, Ustaz Haslin berasa amat kesal dituduh memecah belahkan masyarakat menerusi ceramahnya.
Semoga niat Ustaz Haslin untuk mempertahankan Islam tidak disalah anggap sebagai satu tindakan untuk memecah-belahkan masyarakat seperti yang didakwa.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber :