Safiey Ilias Kembali Ke Dunia Lamanya

Safiey Ilias yang merupakan usahawan kosmetik telah membuat keputusan untuk kembali ke dunia lamanya sebagai “wanita jadian” telah mengejutkan ramai pihak.

boikot

Perkara yang dikesalkan adalah dia kini lebih terbuka mendedahkan “hubungan cinta” songsangnya pada khalayak ramai.

Penegasan Dr Syahr Musafir

Islam telah menegaskan bahawa hubungan sesama jenis adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Pakar motivasi, Dr Syahr Musafir tampil memberi teguran kepada golongan lelaki sejati yang memilih untuk bercinta dengan golongan transgender, termasuk dengan Safiey.

Individu seperti Safiey terang-terangan telah menyatakan bahawa dia bukan wanita sejati. Dia tidak seharusnya menjalinkan hubungan cinta dengan golongan lelaki. Kaum lelaki sepatutnya sedar akan hubungan sejenis itu.

Tambahnya lagi, concern utama saya di sini bukan berkenaan dengan lelaki menjadi perempuan sebab sudah ramai yang mengulas tentangnya.

boikot

Perihal manusia bernama lelaki, ada rupa yang elok, badan yang berotot, poket yang berduit, mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara umum mempersembahkan kepada dunia yang dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.

Dr Syahr juga menyatakan bahawa sudah terang-terangan si dia (Safiey) adalah lelaki yang berubah menjadi perempuan, mengapa lelaki tersebut masih mahu kepada si dia?

Jelas beliau, sekiranya hubungan cinta sesama jantina ini tidak dicegah dan dibiarkan berleluasa dalam masyarakat, dibimbangi akan mempengaruhi generasi akan datang.

boikot

Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa, lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki. Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki.

Beliau juga menyifatkan kaum lelaki yang memilih untuk bercinta dengan golongan transgender sebagai tindakan bodoh.

Perempuan yang benar-benar perempuan, ramai. Kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya?

boikot

Mengulas lanjut, Dr Syahr tidak menafikan bahawa Safiey bukan satu-satu “wanita jadian” yang mendapat tumpuan masyarakat ketika ini, namun beliau enggan menghakimi individu tersebut kerana kesahihan jantina sebenarnya masih lagi diperdepatkan.

Komen Berkaitan Dengan Sajat

Saya tidak pernah komen tentang identiti Nur Sajat sebab saya tidak pernah tengok bukti tentang dia adalah lelaki yang bertukar menjadi perempuan secara real.

boikot

Saya tak ulas benda yang saya tidak tahu. Jadi saya tak kata ya, saya tak kata tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada tuhan.

Tetapi tentang Safiey, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah menjadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah.

Beberapa hari lalu, jutawan muda itu menerusi catatan di laman Instagram miliknya tampil mempertahankan keputusannya untuk kembali menjadi “maknyah” selain menafikan dakwaan bahawa dia mempergunakan agama untuk melariskan perniagaan.

boikot

Bukan pasal mempersendakan agama atau penunggang agama, adatlah iman naik dan turun. Daripada cakap yang buruk-buruk, baik cakap yang baik-baik dan doa yang baik-baik.

Boikot Produk Keluaran Golongan Transgender

Dr Syahr dalam pada itu turut menyeru orang ramai semua memboikot produk-produk keluaran golongan transgender, bertujuan untuk memberi pengajaran kepada golongan tersebut.

boikot

Jangan support (sokong), makin support makin naik minyak geng-geng (transgender) ini. Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk mereka. Makin kaya mereka, makin terpesong.

“Jom kita boikot mereka supaya bila miskin, mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT” tambahnya lagi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here