Sebuah mahkamah di Kiev mengarahkan penangkapan seorang suspek yang terlibat menembak jatuh Penerbangan Malaysian Airlines MH17 di timur Ukraine pada Julai 2014

Mahkamah Daerah Shevchenkivsky di Kiev mengeluarkan waran tangkap kepada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) supaya menahan Sergey Dubinsky, kata SBU.

MH17

Dubinsky disyaki mengaturkan untuk membawa masuk sistem pelancar peluru berpandu buatan Rusia, BUK ke Ukraine. Misil itu digunakan untuk menembak jatuh Penerbangan MH17 pada 17 Julai 2014 yang mengakibatkan ke­semua 298 kru dan penumpangnya terbunuh.

Dubinsky merupakan veteran tentera Rusia dan pernah berkhidmat sebagai ketua perisikan untuk Igor Girkin iaitu pegawai perisikan tentera Rusia yang mengetuai campur tangan ketenteraan Moscow di Donbas, Ukraine dalam tahun 2014.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University, Rusia Buka Tempat Kepada Pelajar SPM Dalam Bidang Pra-Perubatan & Perubatan.

MH17

“Dubinsky didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan dan telah dimaklumkan tentang waran tangkap ini,” SBU memberitahu Ukrainnski Novyny. Dubinsky dipercayai tinggal di Crimea, wilayah Ukraine yang diduduki Rusia.

Pasukan Penyiasat Bersama MH17 (JIT) yang ditubuhkan pada 28 September 2016 dan dianggotai oleh Australia, Belgium, Malaysia, Belanda serta Ukraine mengesahkan bahawa misil yang memusnahkan MH17 diseludup masuk dari Rusia bersama unit BUK 332.

MH17

Peluru berpandu itu dilancarkan dari sebuah kawasan di Donbas pada hari kejadian.

Pasukan penyiasat terbuka, Bellingcat mendedahkan maklumat lanjut pada Oktober 2015 bahawa misil BUK terbabit yang adalah milik Briged Antipesawat Rusia Ke-53 yang berpangkalan di Kursk.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   The Advantages of Pursuing a Medical Degree: A Path to Healing and Excellence
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Sinar

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here