Bisnes Yang Mudah & Murah

Di zaman ekonomi yang serba mencabar sekarang, sememangnya masalah kewangan menjadi isu utama yang sering dibincangkan di sana-sini. Dengan kos sara hidup dan harga barangan keperluan yang semakin meningkat saban tahun, pastinya ramai yang terhimpit dengan masalah kewangan.

Hakikatnya, ramai yang cuba untuk berniaga ataupun menjalankan bisnes tetapi buntu dari segi idea. Bagi wanita misalnya, mereka selalunya memilih menjadi agen atau stokis produk kosmetik. Untuk para lelaki, ramai buat perkhidmatan freelance, cuba-cuba masuk MLM dan sebagainya.

Apa-apapun ikhtiar yang digunakan, kita perlu sedar bahawa sebaik-baik cara untuk meningkatkan pendapatan adalah melalui berniaga. Malah, ada satu hadis yang menyatakan dengan jelas bahawa sesungguhnya 9 daripada 10 pintu rezeki adalah datang daripada perniagaan.

Tanpa celoteh panjang, di sini Team Deenamik ingin kongsikan 4 idea bisnes kecil-kecilan yang boleh anda lakukan. Kesemua bisnes ini hanya memerlukan modal yang sedikit namun memberikan pulangan yang berlipat kali ganda. Tak percaya ? Jom baca lebih lanjut.

#1. Jual Air Minuman

bisnes
Bisnes air balang

Tahukah anda, berniaga air minuman adalah salah satu cara paling senang nak dapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Mana tidaknya, rata-rata peniaga air lazimnya akan dapat margin untung bersih sekitar 80%. Wow, memang banyak.

Selalunya orang jual satu air dengan harga RM 1.00-RM 1.50 secawan. Kalau bungkus pula, harganya RM 2.00-RM 2.50. Selain di pasar malam, digalakkan dijual di sekitar kawasan sekolah. Senang kata, jual pada waktu 1-2 petang (waktu pelajar balik sekolah) dan pada waktu 5-6 petang (balik sekolah agama atau kelas tambahan). Pada waktu itu, nescaya ramai yang akan beli.

bisnes

Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar. Purata sehari anda akan dapat RM480, darab dengan 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080

#2. Berniaga Apam Balik

bisnes
Bisnes Apam Balik

Lebih kurang dengan air minuman, berniaga apam balik juga mendatangkan keuntungan bersih kira-kira 80%. Sekiranya berniaga 4 kali seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM 2 sekeping, anda bakal dapat RM 800 satu malam. Kali dengan 4 untuk seminggu x 4 minggu sebulan = jualan kasar RM 12,800. Tolak modal 20% (RM2560), anda akan dapat hasil RM 10,240 sebulan.

bisnes

Macam biasalah, kadang-kadang berniaga ada pasang surutnya. Tapi jika anda berusaha dan meletakkan fokus untuk mencapai jualan sebanyak itu, tiada apa yang mustahil.

#3. Berniaga Buah Potong

bisnes
Buah potong

Buah-buahan potong ini memang digilai orang ramai terutamanya ketika cuaca panas. Ditambah pula dengan serbuk asam masam-masam manis, pastinya orang berebut nak membelinya.

Yang bagusnya, kos memulakan perniagaan ini murah dan penyediannya sangatlah mudah. Cuma cari satu kotak polisterin besar dan isikan ais serta buah-buahan potong anda itu. Kalau rasa susah nak dapatkan payung dan meja, beli sahajalah box makanan dan buat ala-ala jualan carboot.

bisnes

Dicadangkan anda cari lokasi-lokasi atapun port yang sesuai untuk tarik lebih ramai pembeli. Contohnya di depan kawasan sekolah, foodcourt, kawasan office dan sebagainya.

Disebabkan harga modal bergantung kepada harga buah di pasaran, untung biasanya adalah 50%-60% daripada modal. Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari. Puratanya anda akan dapat RM 350 sehari x 30 hari = RM 10,500.

#4. Jual Nasi Lemak Dengan Servis Delivery

bisnes
Nasi Bungkus

Zaman sekarang, boleh dikatakan kedai-kedai yang menjual nasi lemak pada waktu pagi umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Memang sangat banyak. Beraneka nasi lemak dijual seperti nasi lemak ayam, paru, sotong dan sebagainya.

Kedai-kedai ini memang sangat laku pada waktu pagi kerana orang ramai tidak sempat menyediakan sarapan untuk pergi kerja. Jadi solusinya adalah mereka beli sahaja bungkus daripada kedai dan makan di pejabat. Tidak kurang juga ada yang turut membeli untuk hidangan sekeluarga.

bisnes

Kedai-kedai nasi lemak sebegini sangat untung kerana orang ramai bukan sahaja membeli pada waktu pagi tetapi pada waktu petang pun turut menjadi tumpuan. Sehari anda dapat buat jualan 150 bungkus dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800.

Untuk memudahkan anda mendapatkan pelanggan tetap, anda juga boleh menjalankan perkhidmatan menghantar nasi lemak rumah ke rumah. Buat group WhatsApp dengan penduduk kawasan sekitar dan tetapkan waktu penghantaran sebelum pagi dan petang.

bisnes

Kesimpulannya, berniaga memang mendatangkan keuntungan yang tidak disangka-sangka. Tinggal lagi usaha dan komitmen daripada anda yang akan menentukan hala tuju bisnes anda. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai dunia bisnes, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Sumber : Majalah Niaga

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here