Lagu Abang Nak Tegur nyanyian pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri difahamkan tersenarai dalam pencalonan awal program popular Muzik-Muzik.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh jutawan ini dalam temu bual live di FB.

muzik

Saya baru dapat tahu yang lagu ini dapat pencalonan baru Muzik-Muzik. Harapan moga-moga dapatlah ke AJL (Anugerah Juara Lagu) pula.

Alhamdulilah, lagu Abang Nak Tegur setakat ini apabila dicampur-campur kesemuanya sudah mencapai 13 juta tontonan. Walaupun ada yang tak suka, tapi lagu ini dah trending.

Dalam pada itu, ditanya kemampuannya untuk menyanyikan lagu tersebut secara live nanti, Aliff ada jawapannya sendiri.

muzik

Betul saya yang menyanyi sendiri. Saya pun tak ada istilah nak buktikan apa-apa sebab saya tahu saya bukan penyanyi. Saya cuma nak cuba bidang baru. Saya nak nak jadi bukan sahaja boleh jual jamu tetapi saya boleh jadi penghibur.

“Alhamdulilah, setakat ini memang banyak show saya yang masuk. Terima kasih KRU,” katanya lagi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: The Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here