Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) baru-baru ini mendedahkan bahawa 300 artis tempatan diburu ah long ekoran gagal membayar hutang mencecah sehingga RM60,000.

Persoalan timbul sama ada pelakon kontroversi, Farid Kamil adalah salah seorang daripada senarai selebriti yang terdesak meminjam wang daripada ah long itu.

farid kamil
Foto ketika Farid Kamil menerima anugerah Datuk

Lantaran itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi mengesahkan bahawa Datuk Farid Kamil yang kini direman berhubung kes menampar seorang anggota polis tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Menurut beliau, majoriti artis yang terbeban dengan hutang ah long sejak tahun 2015 itu merupakan artis lelaki.

“Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita membantu mereka,” kata Zed Zaidi.

farid
Presiden Seniman, Zed Zaidi

Dalam masa yang sama, perkembangan selanjutnya mengenai kes Farid bakal diumumkan pihak berkuasa hari ini.

Pelakon berusia 37 tahun itu ditahan reman empat hari sejak Jumaat lalu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap dirinya berhubung empat kes jenayah iaitu mendatangkan kecederaan, menampar anggota polis, mengambil dadah dan mengganggu tugas penjawat awam.

Farid yang juga suami kepada Datin Diana Danielle itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga dua tahun.

Farid Kamil

Jelas Zed Zaidi, artis-artis itu terpaksa meminjam wang dari Ah Long kerana sumber mata pencarian mereka terjejas dan itu adalah kerana peluang pekerjaan untuk mereka telah berkurangan dan sukar nak cari makan.

Apa yang membimbangkan adalah Ah Long tersebut akan menyimpan kad-kad ATM mereka (para seniman). Terdapat satu kes di mana data dan maklumat peribadi seniman terbabit disalah gunakan oleh Ah Long.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 Sumber : Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here