Berikutan kes Datuk Aliff Syukri berkaitan dengan kerata Rolls Royce kerana menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang didaftarkan di Sarawak.

Dikatakan, Datuk Aliff juga perlu membayar kira-kira RM49,000 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ

Merutut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Ismail Mohd. Zawawi,

Caj tersebut adalah baki daripada harga asal LKM di Semenanjung dan bayaran itu tidak merangkumi penalti yang akan dikenakan di bawah Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kereta itu telah digunakan di Semenanjung. Sepatutnya menggunakan LKM di sini dengan caj dianggarkan bernilai RM 54, 500 setahun. Akan tetapi beliau hanya membayar RM 5,800 iaitu 10 kali ganda lebih murah apabila kereta itu didaftarkan di Sarawak.

JPJ

Oleh itu beliau perlu menjelaskan bayaran perbezaan cukai bagi tahun ini iaitu kira-kira RM49,000 sebelum menyelesaikan urusan lain termasuk kesalahan menggunakan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spe­sifikasi.

Pada 1 Januari lalu, JPJ menahan Rolls-Royce milik Pengasas D’Herbs Holdings Sdn. Bhd. itu dalam satu operasi bersepadu di Bangsar di sini dan mendapati kenderaan itu dinaiki dua warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

JPJ

Siasatan lanjut turut mendapati kenderaan yang dianggarkan berharga lebih RM1 juta itu menggunakan LKM Sarawak dan nombor plat yang digunakan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ismail menjelaskan, pihaknya telah menghantar notis temu siasat dan mengarahkan Aliff Syukri hadir ke mana-mana cawangan JPJ sebelum 22 Januari ini dan membawa kenderaan tersebut untuk urusan soal siasat.

 

Sekiranya beliau ingkar, kes itu akan dibawa ke mahkamah, dikenakan bayaran tambahan dan lebih teruk kenderaan itu akan disenarai hitam.

Katanya lagi, kes ini jarang berlaku. Moga apa yang terjadi memberi pengajaran kepada semua pihak agar tidak menipu kawasan pengisytirahan LKM.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari Utusan

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here