Facebook secara rasminya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyekat segala iklan yang mempromosikan mata wang digital (cryptocurrency) seperti Bitcoin atau produk-produk yang berkaitan dengan sistem tersebut.

facebook
Pengiklanan di FB

Antara sebab utama Facebook menyekat iklan cryptocurrency adalah kerana banyak pihak yang cenderung untuk memperalatkan dan memperdayakan pembeli-pembeli mata wang digital tersebut.

“Kami mahu pengguna-pengguna bebas melihat iklan dan servis yang dipromosikan di Facebook tanpa rasa bimbang bahawa mereka akan ditipu”, kata Pengarah Pengurusan Facebook Business, Rob Leathern.

“Berdasarkan pemerhatian kami, banyak syarikat di luar sana yang mengiklankan servis-servis binary options, ICO dan cyrptocurrency di Facebook. Ini sangat membimbangkan kami kerana sistem mata wang digital sangat terumbang-ambing terutamanya pada masa sekarang”, tambahnya lagi.

BACA JUGA :   Nak masuk universiti terkemuka di Mesir ?

ICO ataupun singkatan untuk initial coin offering, sering menggalakkan para pengguna untuk membeli mata wang digital baru sebelum dilancarkan dengan harapan harganya akan meningkat berlipat kali ganda apabila ianya menjadi semakin popular. Sistem ICO ini sudahpun disekat di beberapa negara seperti Korea Selatan dan China.

Facebook juga menjelaskan bahawa tindakan menyekat iklan-iklan sebegini adalah di peringkat permulaan dan akan distrukturkan dengan lebih mendalam dari semasa ke semasa.

Melalui polisi baru ini, sebarang ayat-ayat iklan yang berbunyi seperti “ICO Baru! Beli token dengan harga diskaun 15% SEKARANG!” atau “Beli Bitcoin dengan menggunakan wang pencen anda” tidak akan dibenarkan sama sekali di laman itu.

BACA JUGA :   Jom Kenali Universiti Terbaik bagi pelajar lepasan STAM !

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here