Anda semestinya mengenali pelakon yang mempunyai banyak kontroversi Farid Kamil, sebelum ini tular di media sosial yang mengatakan pelakon itu dikenakan dengan empat pertuduhan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis dan mengganggu tugas penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara.

dadah

Seminggu selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan tesebut, Datuk Farid Kamil hari ini sekali lagi dibawa ke mahkamah sama. Mengapa ya? Terdapat dakwaan mengatakan Datuk Farid Kamil memasukkan dadah ke dalam badan.

Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 37, kelihatan tenang dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Majistret Nor Ariffin Hisham.

dadah

Farid didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 4.30 petang, dua minggu lalu. THC ialah kumpulan dadah jenis kanabis atau ganja.

Pengarah filem itu atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 37, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

dadah

Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang diwakili peguam, Athari Bahardin.

Athari bagaimanapun memohon mahkamah memberikan jumlah jaminan yang ringan kerana tertuduh penanggung utama keluarga.

dadah

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Nor Ariffin membenarkan Farid diikat jamin RM3,000 dengan syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan kes.

Nor Ariffin menetapkan tarikh yang sama dengan sebutan empat tuduhan jenayah yang dihadapinya iaitu 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes ini.

dadah

Farid tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9 pagi. Beliau bagaimanapun hanya berada di dalam kereta sehingga dibawa ke kaunter pendaftaran kes oleh pegawai polis pada jam 10.30 pagi.

Apabila selesai pendaftaran kes, Farid yang diitemani adiknya, Fadzil Bahari dibawa ke Mahkamah Majistret 1 untuk prosiding pendakwaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here