Aktres Fasha Sandha baru-baru ini mencuri perhatian netizen gara-gara perkongsiannya, ‘surat terbuka buat bakal suami’ menerusi entri terkini di laman sosial Instagram. Status tersebut seolah-olah menggambarkan keterujaannya untuk berjumpa insan berkenaan dan berharap ianya bakal menjadi pertemuan yang hebat.

fasha sandha

Malah, isi kandungan surat itu turut menekankan supaya lelaki yang bakal menjadi imamnya itu dapat memikul tanggungjawab sebaik mungkin dan tidak meninggalkan dirinya dan anak-anak suatu hari kelak.

Fasha Sandha
Post yang dimuat naik Fasha Sandha di laman Instagram

“Awak perlu tahu yang saya bukan mudah untuk dijaga kerana mempunyai ‘mood’ yang sukar dijangka, malah akan bersikap keterlaluan dalam semua perkara. Kita tidak akan melelapkan mata selagi tidak berjaya menyelesaikan masalah yang timbul”.

“Surat terbuka ini untuk bakal suami. Walaupun tak tahu siapa orangnya, Allah akan tentukan. Kepada yang sudah isi borang dan akan isi borang, boleh baca awal-awal okey,” tulis Fasha lagi. Perkongsian itu mendapat lebih 15,000 ‘likes’ daripada pengikutnya.

Fasha sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang pemuda yang dikenali dengan panggilan Ustaz Rock dan turut membawanya bersama ke majlis resepsi pelakon, Ummi Nazeera. Namun, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat berkenaan hubungan tersebut.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram yang lebih dikenali sebagai ‘Jejai’ pada 2016. Namun jodoh mereka tidak berkekalan dan akhirnya berpisah selepas kira-kira empat tahun hidup bersama. Hasil perkahwinan itu, Fasha dianugerahkan dua cahaya mata, Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal Ramli.

Fasha Sandha
Dari kiri : Fasha Sandha dan bekas suami, Jejai

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here