Mengapa Dengan Hairul Azreen?

Hairul Azreen Idris, 30 dipanggil untuk memberikan keterangan membabitkan kes melepaskan tembakan menggunakan senapang patah tanpa mempunyai lesen di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016.

Pelakon itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar 2.05 petang hari ini untuk memberikan keterangan.

Hairul

Kes melepaskan tembakan tanpa lesen ini berlaku di belakang rumah bapa saudaranya di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016.

Hairul Azreen hadir bersama dua lagi rakannya dengan menaiki Toyota Alphard berwarna putih selepas dipanggil untuk memberikan keterangan.

Hairul

Dia yang ditemui bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dan mahu menunggu selepas keterangannya diambil oleh pihak polis terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah dalam sidang medianya pagi tadi memaklumkan siasatan polis dilakukan terhadap Hairul Azreen dan bapa saudaranya berusia 70 tahun membabitkan kes melepaskan tembakan tanpa lesen.

Menurut Hairul Azreen

Menurutnya, bapa saudara Hairul yang juga pemegang lesen senjata berkenaan sudah hadir ke IPD Perak Tengah semalam dan memberikan keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Hairul

Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan diberikan bapa saudaranya mendapati bapa saudaranya itu ingin menembak kera di ladang sawit di belakang rumahnya.

“Hairul yang ketika itu pulang ke kampungnya ingin mencuba senapang itu dengan melepaskan dua das tembakan ke udara dan aksi itu disaksikan beberapa ahli keluarga dan rakannya,” katanya pada sidang media di IPD Perak Tengah, hari ini.

Hairul

Mohamad Zainal berkata, bapa saudara Hairul yang juga berkerja sendiri di kampung sudah menjadi pemegang lesen senapang berkenaan sejak 40 tahun lalu.

Katanya, polis merampas senapang patah berkenaan dan 29 butir peluru dimiliki bapa saudara Hairul sehingga siasatan selesai.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41, Seksyen 8 dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here