Datuk Mohd Kazim Elias yang merpakan pendakwah terkenal gembira dapat bertemu dengan Iqram Dinzly selepas mereka lama tidak berjumpa. Beliau malah memuji pelakon kontroversi itu kerana mempunyai pemikiran yang halus.

Kazim

Menerima kunjungan Iqram, sudah lama tak jumpa dia, syukur dia sihat, ok sangat. Lama jugak borak dengan dia tadi. Halus pemikiran dia.

Beliau menerima kunjungan Iqram di pejabatnya di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Ipoh, pada Isnin lalu.

Nama Iqram disebut ramai pihak sebelum ini selepas perilaku aneh beliau menjadi tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Kazim

Perubahan sikapnya itu, turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kata Mohd Kazim lagi, beliau sempat menyampaikan pesanan kepada Iqram.

Saya sampaikan juga nasihat kepada dia.

Selain Iqram dalam kunjungan itu turut bersama mereka pelakon Johan As’ari.

“Empat bulan lepas saya ajak dia (Johan) ke Al-barakah hari ini dia datang dengan sahabat yang lain,” katanya.

KazimJelas Kazim beliau gembira dapat bertemu mereka semua.

Ceria dan sejuk memandang mereka. Insya-Allah, Johan akan belajar di Al-barakah begitu juga dengan Iqram cuma, dia perlu menemani ibunya yang masih dalam edah. Tahniah Iqram dan Johan, saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here