Seorang wanita berumur 61 tahun hilang kawalan lalu mengakibatkan kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan.

Apa yang melucukan adalah kejadian itu berpunca gara-gara dia terkejut apabila melihat seekor lipas di dalam keretanya. Perasaan terkejutnya itu menyebabkan keretanya merempuh jejantas di Jurong East Central.

Kereta Mazda miliknya itu remuk teruk di bahagian hadapan setelah kejadian itu berlaku. Meskipun jejantas tersebut merupakan laluan yang sering digunakan orang ramai, namun dilaporkan kemalangan itu tidak mengorbankan nyawa orang awam.

Pihak polis berkata mereka hanya dimaklumkan tentang kemalangan tersebut kira-kira pukul pada 7.30 malam. Anaknya tiba sejurus beberapa minit selepas kemalangan itu berlaku  dan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.

BACA JUGA :    5 Perkara Anda Wajib Buat Di Singapura Dengan Harga Murah Dan Percuma
lipas
Kejadian berlaku berhadapan dengan Science Centre Singapore

Wanita itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Dia kemudiannya dibawa ke Ng Teng Fong General Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

lipas
Ng Teng Fong General Hospital

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here