Ong Kim Swee
sumber foto : berita harian

Jurulatih skuad kebangsaan B-23 Ong Kim Swee akan memulakan pengembaraan ilmu kejurulatihan tidak lama lagi. Langkah diambil bagi menambah ilmu kujurulatihan beliau disamping meningkatkan lagi corak dan kualiti permainan skuad negara.

 

Impian jurulatih kebangsaan itu akan ditunaikan oleh Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana melihat kesungguhan yang ditunjukkan begitu serius dan dalam memastikan Ong Kim Swee mendapat pendedahan terbaik di kelab ternama Atletico Madrid.

Namun begitu, kelab manakah yang menjadi sasaran beliau untuk berteduh menimba ilmu kejurulatihan itu nanti? Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang hal ini.

Ong Kim Swee
sumber foto : mStar

Sejurus dengan titah baginda Tunku Ismail memberi khabar gembira kepada jurulatih kebagsaan B-23 itu sekali gus menggambarkan semangat untuk meningkatkan lagi kualiti pasukan kebangsaan. Tunku menyasarkan kelab terkemuka La Liga Sepanyol iaitu Atletico Madrid (ATM).

Tunku Ismail berharap agar pemain B-23 bermain di luar negara. Bagi beliau mereka harus mengambil peluang yang ada untuk keluar bermain dan apabila mereka kembali mereka bukan sekadar pemain terbaik malah dapat berkhidmat dan menyumbang untuk pasukan kebangsaan kelak.

“Bagi skuad B-23, saya doakan dan mengharapkan mereka semua bermain di luar negara. Pada saya sesiapapun yang mendapat peluang bermain pada tahap yang lebih tinggi itu mereka harus pergi dan jangan duduk di sini,” titah baginda.

Ong Kim Swee
sumber foto : fourthofficial

Presiden FAM juga mengharapkan jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebagai pengganti Nelo Vingada untuk terus menilai prestasi setiap pemain muda bagi membolehkan mereka yang berkebolehan akan diserap masuk ke dalam pasukan senior.

“Diharapkan agar Cheng Hoe dapat menilai dan mengambil pemain B-23 berkebolehan tetapi bukan semua kerana ia mampu memberi lebih banyak pendedahan untuk mewakili skuad negara.” Titahnya lagi di sidang media.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : Mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here