Filem dokumentari berkaitan dengan konflik antara rakyat Palestin dan Israel yang berjudul Radiance Of Resistance telah diharamkan oleh Singapura.

Filem itu dijadualkan akan ditayangkan kepada umum pada keesokan hari sempena Festival Filem Palestin yang diadakan di republik itu esok.

filem

Singapura yang turut digelar ‘Israel Asia’ mendakwa jalan cerita dokumentari itu memesongkan dan boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama yang berlainan di negara itu.

Radiance of Resistance diletakkan sebagai filem tidak dibenarkan untuk semua peringkat

Radiance Of Resistance diarahkan oleh penerbit filem Amerika, Jesse Roberts, meneroka konflik Palestin-Israel melalui mata warga Palestin, Janna Ayyad yang berusia sembilan tahun dan Ahed Tamimi berusia 16 tahun, 2 remaja perempuan Palestin yang tinggal di perkampungan Nabi Saleh yang dijajah Israel.

Tamimi yang kini ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis kerana menampar seorang anggota tentera, semalam dihadapkan ke mahkamah Israel dengan 12 pertuduhan.

filem

Dokumentari 2016 itu telah memenangi anugerah Dokumentari Terbaik di Festival Hak di Belfast, Ireland Utara.

Menurut laman web IMDA, filem satu jam itu diharamkan daripada ditayang kepada umum dan penyebarannya di sini kerana ia mengkaji konflik Palestin dan Israel tanpa mengimbangi kedua-dua pihak.

Dokumentari ini memberi tumpuan kepada keluarga Tamimi, dan dua gadis muda, yang dipersembahkan sebagai wajah baru penentangan rakyat Palestin. Dalam mengangkat gadis-gadis sebagai model peranan yang ditiru dalam konflik yang sedang berlangsung, filem itu mendorong aktivis untuk terus menentang penindas yang dituduh itu.

filem

Filem itu diklasifikasikan mengikut garis panduan yang menyatakan bahawa filem yang menimbulkan salah faham atau ketidakharmonian di kalangan kaum, tidak akan dibenarkan untuk semua penilaian.

Konflik Palestin-Israel telah menjadi tumpuan berikutan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bulan lalu untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan memindahkan Kedutaan AS di Tel Aviv.

filem

Palestin pula mahukan Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negaranya dan mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here