Penyanyi Sufian Suhaimi mengesahkan akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Elfira Loy dalam tahun ini namun tarikh penikahan mereka masih belum ditetapkan. Walaupun begitu, pasangan serasi itu sudah mengumumkan bahawa mereka akan bergelar raja sehari pada bulan Mac.

elfira loy
Pertunangan Sufian dan Elfira Loy pada 6 Oktober lalu.

“Bulan Mac boleh dikatakan terlalu istimewa buat saya dan Sufian. Malah Mac depan juga kira genap setahun perkenalan kami. Alhamdulillah semoga dipermudahkan perancangan menuju ke gerbang perkahwinan”, ujar Elfira Loy.

“8 Mac lalu ketika saya genap 23 tahun, tepat jam 12 tengah malam dia tunggu di depan rumah  dengan jambangan 23 kuntum bunga ros. Saat itu juga dia menyatakan kesungguhannya untuk serius dengan saya. Kiranya itu detik rasmi kami menjalinkan hubungan jadi lebih rapat. Lebih penting, dia tidak membelakangkan ibu bapa dalam hal kami”, tambahnya lagi.

elfira loy

Menyingkap kronologi sensasi perkenalan mereka sejak tahun lalu, ia bermula apabila Sufian mengeluarkan kenyataan untuk sebuah penerbitan bahawa gadis Elfira menjadi celebrity crush dirinya. Seterusnya ia membawa putik perkenalan mereka hingga ke laman Twitter.

Mengulas lebih lanjut, Sufian berkata bahawa keputusan mengenai majlis perkahwinan bukan terletak di tangan mereka berdua. Jadi, segala urusan haruslah dibincangkan melalui keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu Sufian berkata, biarpun dia jarang bertemu dengan tunangnya itu disebabkan kesibukan kerja masing-masing namun Sufian menegaskan hubungan mereka masih baik seperti biasa. Lagipun dia dan Elfira sepakat untuk tidak kerap bertemu kerana mahu mengikut pesanan ibu bapa mereka.

elfira loy

“Apabila lama tak jumpa, barulah perasaan rindu makin menebal. Walaupun sibuk, masing-masing tetap berhubung menerusi telefon,”katanya.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu selepas lapan bulan berkenalan. Diharapkan majlis perkahwinan kedua-dua selebriti ini akan berjalan lancar.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here