Kredit foto : Astro Gempak

Selesai sudah Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32), namun selepas itu timbul pula kontroversi yang membabitkan Altimet dan Iqram Dinzly. Apa sebenarnya yang berlaku pada malam itu ?

Altimet iqram dinzly
Kredit foto : MyNewsHub.cc

Perjalanan acara AJL ke-32 pada malam Ahad lalu nyaris kucar-kacir gara-gara kelakuan artis kontroversi, Iqram Dinzly yang didakwa beberapa kali membuat percubaan mahu menceroboh pentas anugerah itu ketika siaran langsung.

Menurut penerbit Eksekutif AJL32, Nurhul Huda Khalid berkata, pihaknya terkejut apabila mendapati Iqram beberapa kali mencuba untuk menceroboh kawasan pentas ketika giliran Altimet sedang membuat persembahan menerusi lagunya yang berjudul Amboi.

Altimet amboi
Altimet sedang membuat persembahan lagu Amboi

Walaubagaimanapun, tindakan pantas petugas TV3 pada malam itu berjaya menghalang tindakan Iqram yang seolah-olah mahu merosakkan acara.

“Kehadiran Iqram bukan dalam perancangan kami atau sengaja kami buat gimik. Saya sendiri terkejut selepas diberitahu oleh pihak pengurus pentas bahawa dia cuba naik ketika persembahan Altimet tapi berjaya dihalang kerana perkara itu dikhuatiri menjejaskan pertandingan”.

“Satu kerja pula dia (pengurus pentas) kena jaga Iqram sepanjang persembahan Altimet itu untuk memastikan hasratnya naik pentas dapat dielakkan,” ujarnya.

Selepas perkara itu sampai ke pengetahuan Altimet, penyanyi itu meluahkan perasaan bengang dengan tindakan Iqram yang mahu menceroboh pentas AJL32 ketika dia sedang membuat persembahan.

Altimet

Kata Nurhul Huda, pihaknya mengetahui kehadiran Iqram selepas dimaklumkan dia menjadi tetamu jemputan untuk program Tonton Extra pada acara karpet merah sebelum petandingan itu bermula.

Altimet twitter
Kenyataan Altimet di laman Twitter

Meskipun berjaya menghalang Iqram daripada merosakkan acara, namun pelakon kontroversi itu berjaya juga naik ke pentas pada persembahan penutup iaitu ketika Hael Husaini menyanyikan semula lagu Jampi selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah itu.

“Iqram berjaya naik pada waktu penutup, masa itu kami (pihak produksi) semua sudah sibuk dan tidak perasan dia berada di pentas. Nasib baik juga dia naik pada penutup tidak menganggu fokus penyanyi ketika membuat persembahan.

“Ia juga satu pengajaran kepada pihak kami agar lebih berhati-hati selepas ini ujarnya.

Pada malam AJL32 itu, Altimet telah memenangi anugerah persembahan terbaik.

Hmmm apa motif Iqram sebenarnya ? Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada petugas-petugas acara kerana berjaya mengawal keadaan.

Kredit : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here