Penggunaan Var sebagi bantuan pengadil mencetuskan kritikan kerana menimbulkan kekeliruan pada masa kini. Presiden Kesatun Bolasepak Eropah (UEFA), Alexander Ceferin, berkata bahawa video bantuan pengadil (VAR) itu tidak lagi digunakan dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah pada musim depan.
Dilihat bahawa penggunaan teknologi VAR bercampur-baur sejak mula-mula diperkenalkan sehingga hari ini dalam pertandingan tertentu. Teknologi itu turut diperkenalkan di Piala Konfiderasi tahun lalu, Bundesliga dan kejohanan domestik di England musim ini.
Mesyuarat yang diadakan dalam jangka waktu terdekat ini juga adalah untuk membincangkan tentang teknologi tersebut. Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) akan membincangkan tentang masa depan VAR di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bertempat di Zurich pada Ahad ini, dengan Persekutuan Antarabangsa (FIFA) juga bersedia untuk menggunakan teknologi VAR itu di Piala Dunia sekiranya diluluskan.
Dalam pada itu, Caferin juga percaya proses penggunaan teknologi itu amat mengelirukan pada masa kini. Ha ini kerana peminat suka melihat skrin VAR tetapi tidak mengetahui bagaimana sebenarnya ia berfungsi.
“Ramai peminat yang suka melihat pada skrin VAR tetapi mereka tidak mengetahui bagaimana teknologi itu berfungsi,” kata Caferin seusai Kongres UEFA.
“Buat masa kini, kami tidak akan menggunakannya dalam Liga Juara-juara musim depan. Bagi saya ia adalah satu projek yang sangat baik tetapi kami juga tidak perlu untuk terburu-buru,” tambahnya lagi.
Penggunaan teknologi VAR sering menjadi perbualan orang ramai di England pada Ahad lepas yang dikaitkan dengan Piala EFL dan kemenangan Manchester United keatas Chelsea FC dalam liga perdana Inggeris (EPL), 2-1.
Jurulatih The Blues, Antonio Conte pada perlawanan itu berkata, VAR boleh campur tangan pada ketika itu selepas Alvaro Morata didakwa berada pada kedudukan offside ketika melakukan penyudah yang mungkin akan menyamakan jaringan di Old Trafford.
Selain itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger, mula berang apabila gol Vincent Kompany disahkan pengadil ketika pasukannya tewas di tangan Manchester City dengan keputusan akhir 3-0 di Wembley. Meskipun rujukan teknologi itu boleh digunakan bagi memastikan sama ada Leroy Sane mengganggu permainan di kedudukan offside.
Bagaimana pendapat anda? Adakah anda menyokong teknologi ini digunakan dalam Piala Dunia akan datang? Beri komen sikit..
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : awani