Mengapa Lagi Dengan Farid Kamil?

Seperti yang anda tahu pelakon Farid Kamil telah menjadi bualan orang ramai kerana telah berkelakuan ganas di Balai Polis pada bulan lalu.

Dakwaan Farid Terhadap Perlakuan Ganasnya

Dikatakan juga bahawa Farid Kamil mendakwa dirinya telah dianayai oleh tiga rakan artisnya yang mencemarkan minumannya dengan dadah. Oleh sebab itulah, Farid berkelakuan dengan pelik sekali.

Farid Kamil

Menurut Laporan Yang Diterima

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2018, pelakon yang juga merangkap pengarah juga telah menuduh kekerasan yang telah dilakukan oleh pihak polis ke atasnya semasa ditahan reman kerana menyerang polis dan orang awam.

Berdasarkan laporan yang diterima akhbar Malay Mail, Farid menuduh tiga rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan perlakuannya tidak boleh dikawal semasa di Balai Polis Kota Damansara.

Farid Kamil

Selain itu, Farid juga melaporkan yang dia tidak begitu waras ketika itu disebabkan minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya, sehari sebelum insiden berkenaan berlaku.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Farid Kamil

Selain itu, Farid juga mendakwa dia diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair yang tidak dikenalpasti oleh tiga rakan tahanan sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan daripada pihak polis ketika ditahan reman dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya.

Farid Kamil

Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu ditahan.

Siasatan Lebih Lanjut Akan Dilakukan

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

“Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan,” katanya.

Apa-apa pun tunggu sahajalah kisah sebenar di sebalik perilaku pelik Farid Kamil? Anda semestinya tertanya-tanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here