Malam tadi kecoh di media sosial apabila berlangsungnya pelancaran tudung Naelofar Hijab dari Neelofa yang dinamakan #BeLofa. Yang menarik perhatian ramai bukanlah tudung tersebut, tetapi lokasi koleksi tudung itu dilancarkan, dimana bertempat di kelab malam Zouk.

Neelofa
Majlis dilangsungkan di kelab malam Zouk

Rata-rata masyarakat mengkritik tindakan aktres tersebut yang dilihat sangat-sangat tidak kena dengan cara. Mereka menganggap mempromosikan sebuah jenama tudung di kelab malam seolah-olah satu penghinaan, ditambah dengan penari-penari wanita bertudung yang berjoget sakan di majlis pelancaran itu.

Tidak mahu ambil pusing mengenai kecaman yang dilemparkan sesetengah pihak terhadap dirinya, Neelofa menegaskan dia mempunyai alasan tersendiri memilih lokasi sebuah kelab malam untuk majlis pelancaran koleksi terbaru tudungnya.

Neelofa

Menurut laporan, Neelofa berkata lokasi itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajetnya untuk merealisasikan majlis tersebut.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.”

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.”

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” kata pemilik jenama Naelofar Hijab itu.

Neelofa
Adik beradik Neelofa, Ameera dan Noor Nabila turut hadir di majlis tersebut.

Malam tadi, bertempat di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Lofa melancarkan koleksi tudungnya yang diberi nama Be Lofa sekaligus meraikan majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here