Semestinya anda mengenali salah satu pelakon korea yang terkenal, Park Bo Gum. Selepas mendapat gelaran ‘Menantu Pilihan Korea’, kerana sikapnya yang menghormati dan sopan,.

Park Bo Gum sekali lagi membuktikan gelaran itu memang layak untuk dirinya apabila dia menerima ijazah tular di media sosial. Katanya, foto yang tular itu membuatkan ramai gadis jatuh cinta terhadapnya.

Loading...

Park Bo Gum

Bo Gum telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima segulung ijazah daripada Universiti Myongji pada 21 Januari lalu. Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan turut gembira dengan kejayaan yang dicapai bintang drama Love in the Moonlight ini.

Tidak kurang, ramai memuji dan terpikat dengan senyuman manis sekaligus jatuh cinta dengan artis tersebut kerana gambar-gambarnya yang dirakamkan sepanjang majlis konvokesyen tersebut sangat menarik perhatian.

BACA JUGA :   1001 Rahsia Penawar Penyakit Melalui Garam Buluh

Park Bo Gum

Pemuda berusia 24 tahun ini mengikuti pengajian dalam jurusan ijazah sarjana muda filem dan teater sejak tahun 2014. Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, namum Bo Gum juga dikenali kalangan peminat sebagai artis tidak mengabaikan pelajaran dan tidak pernah mengambil kesempatan atas status serta popularitinya sepanjang pengajian di universiti.

Sikapnya yang sentiasa merendah diri dan berpenampilan seperti orang biasa menyebabkan ada teman-teman sekuliahnya pernah mengaku pada mulanya mereka tidak tahu Bo Gum sebenarnya seorang artis.

Park Bo Gum

Selain berbakat besar dalam lakonan, Bo Gum juga berbakat dalam nyanyian. Dia pernah muncul menerusi lagu dalam drama Love in the Moonlight yang bertajuk The Person.

BACA JUGA :   Kronologi Kes Bunuh Diri Kim Jonghyun (SHINee)

Selain pernah memenangi beberapa anugerah hasil lakonannya dalam drama-drama, tahun lalu Bo Gum pernah mencipta rekod tersendiri apabila menjadi satu-satunya pelakon lelaki yang berada di tangga nombor 1 dalam senarai Selebriti Berpengaruh Korea (Korea Power Celebrity) oleh majalah Forbes.

Park Bo Gum

Dia juga pernah mengadakan acara bertemu peminat diberi nama Oh Happy Day Park Bo Gum Asia Tour in Kuala Lumpur pada 10 Disember 2016.

Tahniah, Park Bo Gum!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here