Spekulasi mengenai status ikatan pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi akhirnya terjawab apabila ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan penyanyi itu sudah putus.

Elfira Loy putus tunang

Loading...

Walaubagaimanapun, ibu Elfira Loy itu tetap percaya bahawa setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat”, ujarnya.

“Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh”.

Elfira Loy putus tunang

“Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” tambahnya lagi.

BACA JUGA :   Sufian Suhaimi & Elfira Loy Dedahkan Tarikh Perkahwinan Mereka

Mengikut perancangan awal, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi akan disatukan pada awal bulan Mac nanti setelah mengikat ikatan pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.

Status pertunangan antara pasangan itu mula mencetuskan spekulasi apabila mereka dilihat tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial sejak Disember lalu. Walaubagaimanapun, Elfira menepis spekulasi itu dengan menegaskan itu tiada kena mengena dengan status pertunangan mereka.

Elfira Loy putus tunang

Elfira juga turut mengakui hubungan mereka menempuh dugaan yang sangat kuat terutamanya daripada orang sekeliling. Tetapi, punca sebenar pertunangan diputuskan tidak diperincikan secara lanjut.

Terdahulu, Elfira Loy dalam satu catatan yang dimuat naik menerusi Instagramnya semalam, memohon peminat supaya bersikap positif dan mendoakan yang terbaik.

BACA JUGA :   Sufian Suhaimi & Elfira Loy Dedahkan Tarikh Perkahwinan Mereka
Elfira Loy putus tunang
Gambar yang dimuat naik Elfira Loy di laman Instagram

“Anda boleh kata dan buat spekulasi, tapi takkan tahu cerita sebenar. Islam mengajar saya untuk sentiasa menjadi baik, positif, memaafkan dan melupakan.

“Anda adalah apa yang anda fikirkan. Setiap kata melambangkan diri. Jika anda bercakap hal yang baik, maka baiklah jadinya. Jika anda bercakap buruk, perbaiki untuk jadi lebih baik,” tulis Elfira dalam catatan itu.

Apa-apapun, sama-samalah kita doakan agar kedua-dua pasangan ini tenang dan tabah dalam menempuhi segala dugaan yang mendatang.

Sumber : Berita Harian

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here