sabah

Industri rumpai laut Sabah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan China, Filipina dan Jepun antara negara pengimport hasil laut berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, negara anggota Kesatuan Eropah juga berminat untuk mengimport produk itu, namun ia bergantung kepada gred rumpai laut yang dihasilkan.

“Jabatan Perikanan mempunyai standard tersendiri dalam penggredan rumpai laut dan sama ada pengusaha memiliki sijil Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP) dan jika mereka menepati syarat negara pengimport maka sudah tentu eksport pasaran lebih meluas,” katanya.

sabah

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama peserta kluster ternakan rumpai laut Lok Buton serta pra-pelancaran Seaweed Splash 2018 di Pelantar Lok Buton di sini, pada Isnin.

Munir berkata, pihaknya bersama SIRIM serta Jabatan Standard Malaysia telah mengeluarkan garis panduan bagi amalan baik ternakan rumpai laut dan sehingga kini lebih lima ladang projek kluster Lok Buton di Semporna mendapat pensijilan MyGAP.

“Ini juga menyumbang kepada kenaikan nilai harga rumpai laut iaitu apabila dikeringkan 30 peratus kadar kelembapannya, harga sekilogram RM3.20 berbanding 60 sen hingga RM1.20 sen sahaja suatu ketika dulu,” katanya.

BACA JUGA :   Sambutan Thaipusam Sewaktu PKP.

sabah

Katanya, jabatan itu komited membangunkan produk berasaskan rumpai laut melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).

sabah

Rumpai laut bukan hanya untuk kecantikan, malahan sangat berkhasiat untuk kesihatan badan. Rumpai laut atau dikenali sebagai sea bird nest, mengandungi sumber serat dan protein yang tinggi, justeru sesuai untuk penjagaan kulit. Bagi masyarakat Sabah dan Sarawak, khazanah laut itu dijadikan makanan mereka dan tidak mendatangkan kesan sampingan. Antara makanan yang popular ialah kerabu rumpai laut.

Selain itu, rumpai laut juga mempunyai kebaikan kepada kesihatan antaranya dalam membantu masalah penghadaman serta kencing tidak lawas.

Di Malaysia, terdapat dua spe­sies utama rumpai laut iaitu kappaphycus SP dan eucheuma cottonii. Sebelum dipasarkan mengikut harga, rumpai laut akan diklasifikasikan mengikut gred selepas ia dibersihkan serta menjalani pro­ses pengeringan semula jadi oleh cahaya matahari.

BACA JUGA :   Upin Ipin Tembus Pasaran Animasi ke China

sabah

Bagi rumpai laut gred satu yang berwarna putih, ia mengambil masa selama dua jam untuk mengembang dan memerlukan dua kali bilasan. Manakala untuk gred dua yang berwarna perang pula, ia mengambil masa enam jam untuk mengembang dengan proses bilasan sebanyak empat kali sementara gred ketiga memerlukan banyak penukaran air dan proses bilasannya adalah sekurang-kurangnya enam kali.

sabah

Rumpai laut juga  sudah mula diternak di Langkawi, sejak tahun 2015, bertujuan untuk memperluaskan promosi produk berasaskan hidupan laut itu. Anak benih dari Sabah kemudian dibawa ke Langkawi untuk diternak sebagai proses percubaan dan langkah ini merupakan suatu usaha bagi meningkatkan pengeluaran serta kawasan pengeluar rumpai laut di negara Malaysia. Sambutan dite­rima sehingga kini amat menggalakkan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here