Usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri memohon maaf jika kehadirannya dalam industri hiburan tanah air tidak disenangi ramai kerana beberapa pelakon telah mengkritik usahawan tersebut sebagai seorang yang cepat melenting apabila dikatakan tidak berbakat dalam bidang lakonan.

Datuk Aliff

Loading...

Dia juga menjelaskan, beliau menerima tawaran berlakon itu setelah ditawarkan oleh pengarah dan tidak keluarkan duit untuk filem tersebut seperti yang didakwa oleh netizen.

“Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini. Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja,” ujarnya.

Pelakon utama filem Badang itu juga turut bertanya, jika dia tidak mempunyai bakat, kenapa diberikan tawaran berlakon dan sebelum ini kenapa tiada siapa yang persoal?

BACA JUGA :   Datuk Aliff Syukri Perlu Membayar Kira-Kira RM 49, 000 Kepada JPJ

Datuk Aliff

“Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro.

“Kenapa juga sebelum ini tak ada pula orang mempertikaikan bakat lakonan saya. Tiba-tiba dengan filem Badang ini saya pula dipersalahkan seorang. Seolah-olah saya ini kayu, macam saya ini hina sangat.Penghinaan itu melampau-lampau.”

Datuk Aliff

Tambah Aliff lagi, jika selepas ini ditawarkan untuk berlakon lagi, beliau akan terima dan akan lebih untuk berhati-hati.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   "Tiada Bakat, Jangan Kacau Periuk Nasi Kami" -Amyza Aznan Tegur Aliff Syukri

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here