Pengacara dan selebriti wanita terkenal iaitu Noor Neelofa Mohd Noor baru-baru ini dikecam teruk di media sosial gara-gara mempromosikan suplemen kesihatan yang merbahaya untuk bayi. Iklan tersebut dimuatnaik Neelofa menerusi laman Instagram miliknya.

Loading...

Menurut laporan, Neelofa yang juga merupakan duta kepada jenama tersebut telah mengiklankan suplemen kesihatan yang boleh membuang kedutan, menegangkan kulit serta melambatkan kesan-kesan penuaan.

Yang membuatkan ramai netizen berang adalah Neelofa turut mencadangkan agar bayi dan kanak-kanak supaya menggunakan suplemen tersebut. Dari segi kesihatan, sememangnya bayi sangat-sangat dilarang untuk mengambil sebarang tablet atau suplemen kerana boleh merosakkan organ dalaman mereka.

Iklan Suplemen Yang Dimuatnaik di Instagram

Peminat-peminat selebriti wanita itu turut meluahkan rasa kecewa dan menasihati Neelofa supaya lebih bijak dalam mengiklankan produk-produk di Instagram.

BACA JUGA :   Notifikasi Screenshot Stories Instagram – Para Stalker Suka Atau Tidak?

Beberapa orang pakar perubatan turut mengecam iklan yang dipromosikan artis tersebut, salah seorangnya adalah Dr Rafidah Abdullah. “Saya berharap anda tidak mempromosikan produk suplemen terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak. Ianya boleh memudaratkan organ dalaman mereka yang masih kecil. Saya yakin anda tidak mendapat panduan yang tepat daripada pengeluar produk tersebut”, luahnya di Twitter.

Neelofa

Turut memberi komen adalah Dr Amalina Che Bakri. Ujarnya, “Saya sangat menghormati Neelofa sebagai seorang usahawan yang berjaya. Namun sebagai seorang doktor, saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan berkaitan isu ini. Kami sangat-sangat tidak menggalakkan bayi mengambil suplemen tanpa bimbingan doktor.”

Neelofa

Walaubagaimanapun, Neelofa dan syarikat pengeluar produk tersebut sudahpun meminta maaf kepada orang ramai. Mereka sedang mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut dan menjelaskan segala salah faham kepada semua pihak.

BACA JUGA :   Neelofa Juga Menggunakan OPPO F5 Red Edition, Anda Bila Lagi?

Diharapkan isu ini dapat dijadikan pengajaran kepada selebriti-selebriti di luar sana agar berhati-hati dalam mengiklankan sebarang produk. Jangan sampai kita mempromosikan sesuatu produk yang mendatangkan bahaya kepada tubuh badan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here