Konflik antara dua bekas anggota kumpulan Elite iaitu pelakon Hana Adnan dan Watie Sadali sehingga kini masih belum selesai.

Baru-baru ini Hana mendedahkan bahawa Watie masih belum menjelaskan hutangnya yang berjumlah RM112,000 seperti mana yang diperintahkan oleh mahkamah sejak Oktober tahun lalu.

Hana mendakwa Watie memberikan alasan tidak masuk akal yang kononnya dia tidak mengetahui tentang keputusan mahkamah untuk membayar wang berkenaan.

Watie
Watie dan suaminya, Joey

“Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana yang diperintahkan mahkamah. Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia yang membuatkannya tidak mahu membayar hutang tersebut. Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal”, kata Hana.

BACA JUGA :   Datuk Aliff Syukri Perlu Membayar Kira-Kira RM 49, 000 Kepada JPJ

Pada Oktober tahun lalu, Watie telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM112,000 melalui jabatan Insolvensi bagi memadamkan nama Hana daripada senarai ‘blacklist’.

Bayaran tersebut perlu dilunaskan dengan jumlah permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki selebihnya harus dilunaskan sebanyak RM2,500 setiap bulan bermula dari Januari hingga Mei 2018.

Watie

Tambah Hana lagi, sekiranya dia masih berdegil untuk membayar wang tersebut dia tidak teragak-agak untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Hana telah diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan tidak dibenarkan ke luar negara untuk bertemu anaknya kerana Watie gagal melunaskan bayaran kereta kepada pihak bank. Kereta jenis Toyota Wish milik Watie itu dibeli menggunakan nama Hana.

BACA JUGA :   Kemalangan Ngeri : Wanita Putus Kepala Selepas Rempuh Pembahagi Jalan

Watie

Artis itu juga dikatakan gagal untuk membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insuran dan perkara berkaitan kereta tersebut sejak September 2010.

Apa-apapun, diharapkan isu di antara kedua-kedua artis ini dapat diselesaikan dengan segera tanpa berleretan di masa akan datang.

Kredit : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here