Mungkin ramai dalam kalangan kita masih tertanya-tanya apa itu Garam Buluh? Adakah garam ini berasal daripada buluh?
Disini kami kongsikan kepada anda serba sedikit tentang asal-usul Garam Buluh.
Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea.
Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas yang dibuat sendiri, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.
Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.
Ada juga yang bertanya, bahaya atau tidak untuk pesakit tekanan darah tinggi mengambil Garam Buluh? sudah semestinya tidak bahaya, kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan.
Namun, Garam Buluh mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Bau yang terhasil adalah selepas pembakaran dengan buluh semasa proses pembuatannya. Garam Buluh boleh mengantikan garam biasa dalam makanan. Malahan lebih berkhasiat kepada tubuh badan kita. Kerana kandungan dalam Garam Buluh kaya dengan bahan mineral dan dapat digantikan dengan garam biasa. Unsur alkali yang terdapat dalam Garam Buluh lebih baik untuk kesihatan dan mampu menuteralkan asid dan bahan kimia. Malah amat mujarab untuk menguatkan kesihatan dan mencegah kanser.
Ketika proses pembakaran, pada masa yang sama garam tersebut akan menerima mineral dari batang buluh dan tanah liat merah. Ini amat sesuai untuk kesihatan badan manusia yang juga berunsurkan tanah dan menjadi penawar mujarab.
Garam Buluh yang dibekalkan kepada kita sebagai minuman atau pemakanan yang menyihatkan ini sebenarnya telah diproses pembakaran berulang-ulang kali selama lebih 9-10 jam. Proses pembakaran ini juga dipanggil “6-Burned Bamboo Salt”.
Garam Buluh telah lama digunakan oleh masyarakat Korea semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Garam Buluh menjadi sangat penting dalam mengekalkan kesihatan di kalangan penduduk Korea.
Garam Buluh dapat memberikan manfaat kepada kita jika diambil dalam kuantiti yang betul. Seperti menyingkirkan toksin dalam badan ( logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas). Selain itu, ia dapat menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang telah terkumpul lama dalam usus.
Keberkesanan Garam Buluh dapat membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia. Menyelaraskan fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal serta menyelaraskan keseimbangan pH badan dan mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah secara tidak langsung dapat meningkatkan daya pemulihan badan.
Pendek kata, Garam Buluh amat baik untuk kesihatan kita. Garam Buluh 100% semulajadi dan bersifat organik. Jadi bertukarlah sekarang menggunkan Garam Buluh dalam makanan anda hari ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tips-tips travel dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Sumber: AISY Health and Beauty Mall