Elly Mazlein

Elly Mazlein Pula Jadi Mangsa

Akaun media sosial Instagram penyanyi dan pelakon sensasi Elly Mazlein dilaporkan digodam individu tidak bertanggungjawab.

Elly Mazlein

Loading...

Memetik laporan Utusan Online, Elly Mazlein berkata, akaun media sosialnya digodam lebih kurang seminggu yang lalu dan dia terpaksa membuka akaun Instagram baharu, ellymazlein_official selepas mencuba beberapa kali mendapatkan akaun yang telah digodam itu.

Elly Mazlein

“Kalau cakap sedih, memang sedih sangat sebab Instagram adalah medium dan platform saya berinteraksi dengan peminat. Lagipun, media sosial sekarang memang penting bagi seorang selebriti.

“Hendak kumpul pengikut bukan mudah. Sebab itu saya sedang mencari orang yang boleh membantu saya mendapatkan akaun itu semula,” katanya yang mempunyai 667,000 pengikut sebelum ini.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Sampingan Anda Melalui Instagram
Instagram Elly Mazlein
Akaun Instagram Janna Nick juga pernah digodam sebelum ini

Terdahulu, beberapa artis tanah air seperti Janna Nick, Emma Maembong, Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut mengalami nasib yang sama apabila akaun Instagram mereka digodam sehingga menyebabkan mereka kehilangan ribuan pengikut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here