The Blues bawah kendalian Antonio Conte merupakan pasukan terkemuka dan digelar sebagai pasukan gergasi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Pasukan ini antara yang teratas dan sering menjadi pesaing sengit bagi kelab-kelab lain seperti Man Utd, Man City, Liverpool, Arsenal dan juga Tottenham.

 

Keadaan Chelsea pada kali ini amat membimbangkan kerana mereka mungkin tidak dapat menggunakan khidmat 2 pemain tonggak untuk aksi menentang pasukan Tottenham di Stamford Bridge pada Ahad nanti.

Dua pemain tersebut adalah Thibaut Courtois (penjaga gol) dan Andreas Christensen (pertahanan). Mereka masing-masing mengalami kecederaan serius, yang mana Courtois mengalami masalah hamstring, manakala Christensen berdepan kecederaan otot.

Thibaut Courtois

Adakah Chelsea mampu beraksi lebih hebat tanpa kedua-dua pemain ini pada aksi menentang Tottenham pada Ahad ini ? Sekiranya gagal memenangi perlawanan tersebut impian Chelsea mungkin akan terkubur untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

BACA JUGA :   ASTRO DIBERI HAK EKSKLUSIF PENYIARAN EPL SELAMA 3 MUSIM!

Pemain kesebelasan utama itu dikhuatiri tidak akan menyertai perlawanan pada Ahad ini di Stamford Brige yang mana kekalahan akan menyebabkan Chelsea terlepas peluang menyertai Liga Juara-Juara akan datang.

Antonio Conte

“Kami mempunyai dua masalah besar iaitu Courtois dan Christensen, dan kami perlu memeriksa terlebih dahulu sama ada kemungkinan mereka dapat bermain dan kemudian bermain dengan baik,” ujar pengurus Chelsea, Conte.

Menurut pengurus itu lagi, perkara utama dalam perlawanan adalah dapat bermain dengan baik tetapi dalam masa yang sama keadaan fizikal juga mestilah baik untuk perlawanan tersebut. Namun, jika kedua-dua pemain itu tidak cukup sihat maka keputusan berbeza akan diambil.

Pada ketika ini juga, Conte belum dapat memastikan siapakah pemain yang akan dipilih pada aksi Ahad ini, kerana usul periksa untuk pemain berkenaan perlu dilakukan terlebih dahulu.

BACA JUGA :   Pemain EPL Kutip Dana untuk Derma
Willy Caballero

Tetapi, sekiranya penjaga gol pilihan utama pasukan itu tidak dapat beraksi pada Ahad ini, pejaga gol terbaru mereka daripada Argentina akan menggantikan posisi tersebut, Willy Caballero.

Sementara Cahill pula akan berhenti memanaskan bangku simpanan untuk menggantikan Luiz kerana rakannya itu mengalami kecederaan lutu dan sedang dalam proses pemulihan.

Sumber : Harian Metro

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here