Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Berita gembira tersebut dikongsi menerusi laman Instagram miliknya, @ctdk.

siti nurhaliza

Loading...

Beliau selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Kedua-duanya kini berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja untuk melawat.

Sementara itu, suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya berjalan lancar dan selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Dato’ Siti Nurhaliza dan suami juga mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah proses kelahiran.

BACA JUGA :   'Siti Aafiyah' Nama Anak Dato' Siti Nurhaliza

siti nurhaliza

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Siti Nurhaliza mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Dato’ Siti dan Dato’ Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya kepada khalayak ramai.

siti nurhaliza

Semoga kehadiran insan baru dalam rumahtangga pasangan ini akan mendatangkan lebih sinar kebahagiaan dan keceriaan kepada mereka.

Sumber : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   'Siti Aafiyah' Nama Anak Dato' Siti Nurhaliza

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here