Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan pada 19 Mac lalu memberitahu bahawa beliau tidak merancang membesarkan anaknya, Siti Aafiyah dengan kehidupan glamor seperti artis-artis lain. Sebaliknya, beliau hanya mahu anaknya itu menjalani kehidupan yang normal dan sederhana.

 

Loading...

“Saya tak mahu didik anak saya fokus menjadi seorang selebriti, saya nak dia hidup secara normal dan go with the flow.

Siti aafiyah

“Kalau ada rezeki untuk dia pada masa akan datang, saya akan berbincang dengan suami dahulu, kalau suami kata tak perlu, saya tak buat,” tambahnya lagi.

Selain itu, dia belum memikirkan untuk mewujudkan sebuah laman sosial Instagram untuk Siti Aafiyah seperti sesetengah anak pasangan artis lain.

BACA JUGA :   'Siti Aafiyah' Nama Anak Dato' Siti Nurhaliza

“Berkaitan Instagram saya tidak fikir lagi, tapi saya kena fikir dan dalam masa yang sama saya mahu dia jalani kehidupan secara normal.

“Buat masa ini gambar-gambar anak saya hanya akan dimuat naik di Instagram saya sahaja,” ujarnya.

siti aafiyah

Sementara itu, suaminya Datuk K memberitahu kelahiran Siti Aafiyah menamatkan penantiannya selama 18 tahun untuk mendapatkan cahaya mata perempuan. Datuk K sebelum ini mempunyai empat orang anak lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri terdahulu.

Datuk K turut menghadiahkan sebentuk cincin yang dibeli bagi pihak Siti Aafiyah untuk diberikan kepada Dato’ Siti sebagai tanda penghargaan.

Sumber : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-11, Datuk Siti Kongsi Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here