Pasangan kontroversi, Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid telah mengaktifkan semula akaun Instagram milik mereka sejak malam tadi setelah hampir sebulan ‘hilang dari radar’ dunia media sosial.

 

Loading...

Memetik laporan mStar online, Izreen yang menggunakan nama @izreen.azminda berkongsi swafotonya yang pertama beserta kapsyen “Smile things are working out” (Senyum, semuanya sedang berjalan lancar).

Foto tersebut mendapat lebih 11,000 ‘like’ daripada para pengikutnya.

Walaubagaimanapun, pelakon yang popular dengan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu masih lagi menutup ruangan komen.

izreen instagram
Post gambar terbaru daripada beliau. Sumber foto : Instagram

Sementara itu, suaminya Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid turut aktif sejak malam tadi namun belum lagi berkongsi sebarang foto terbaru.

Sebelum ini, Izreen dan Uda mengambil keputusan menutup sementara akaun media sosial masing-masing pada 2 Mac lalu berikutan tidak tahan kecaman dan serangan bertalu-talu dari netizen.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Sampingan Anda Melalui Instagram

Mereka dikecam teruk gara-gara tindakan Ude yang menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh beberapa minggu yang lalu. Ramai netizen menganggap Izreen Azminda adalah salah satu punca mengapa Ude tergamak melafazkan talak kepada Intan. Lebih teruk lagi, ada yang menggelarnya sebagai ‘perampas’.

izreen instagram
Isteri pertama, Intan Liana yang diceraikan menimbulkan kemarahan netizen. Sumber foto : Gempak.com

Bukan itu sahaja, kontrak Izreen sebagai duta produk-produk kecantikan juga ditamatkan kerana konflik tersebut. Perkara sebaliknya berlaku kepada Intan apabila dia ditawarkan banyak peluang pekerjaan dan ruang untuk membina semula kehidupannya.

Apa-apapun, diharapkan kesemua mereka akan kekal tabah mengharungi cabaran dan cemuhan daripada masyarakat.

Sumber : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Ini Respon Pakar Perubatan Terhadap Iklan Suplemen Bayi Yang Dipromosikan Neelofa

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here