Apa itu Air Nira ?
Air nira merupakan minuman beralkohol atau sejenis tuak yang dibuat dari nira. Minuman ini merupakan sebuah air yang berasal dari bunga pohon kelapa yang rasanya manis.
Air nira secara umumnya banyak digunakan untuk membuat minuman dan juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menjaga kesihatan tubuh. Bagi mereka yang meminati air nira ini, tahukah anda minuman ini mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan ?
#1. Antara khasiat air nira yang ramai tidak tahu ialah dapat mengatasi masalah sembelit. Punca utama terjadinya sembelit ialah kekurangan serat dalam pengambilan makanan seharian. Serat sangat diperlukan oleh tubuh badan. Di dalam air nira terdapat kandungan vitamin, vitamin A, asam amino, serat, protein dan banyak lagi
#2. Seterusnya, minuman ini elok diminum bagi mereka yang mengalami deman panas. Minuman ini sangat bermanfaat untuk menurunkan suhu panas dalam badan sama ada kanak-kanak ataupun dewasa.
#3. Memiliki tulang yang sihat amatlah penting. Justeru, minuman ini dapat membantu anda menjaga tulang-tulang anda. Tulang dalam badan kita memerlukan vitamin untuk berfungsi dengan sempurna. Seiring dengan peningkatan usia, tulang anda makin hari makin raput kalau anda mengabaikan penjagaannya, terutamanya bagi kaum wanita.
#4. Minuman air nira dapat menyegarkan tubuh disiang hari. Ini boleh memberikan tenaga kepada anda untuk bekerja. Minuman ini akan membuatkan anda kekal aktif dan tidak mudah lesu. Selain itu, khasiat lain minuman ini adalah dapat memperkuatkan otot, menguatkan sel-sel tubuh badan, membantu penjagaan mata dan melawaskan pencernaan.
Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda dan sila kongsikan kepada rakan-rakan anda supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.
Kepada yang ingin merasai keenakan minuman ini, anda boleh menikmati air nira segar di Ladang Nipah Ismail Che Kar, Jalan Kuala Sedaka, Yan, Kedah. Bukan sahaja air nira sahaja dijual, malah pengunjung juga boleh merasai makanan lain seperti laksa, ubi kayu rebus dengan ikan masin atau kelapa parut, selain agar-agar nira yang jarang dijumpai.
Tambah menarik lagi, gerai makan ini berkonsepkan gerai ‘dalam ladang’. Ladang tersebut mempunyai kira-kira 300 pokok nipah dan diubah suai menjadi kedai makan dalam ladang. Konsep santai dan ‘relax’ akan menambahkan lagi selera pengunjung.
Pengunjung akan menikmati air nira segar diambil terus daripada pokok di sini dan melihat sendiri proses minuman ini disediakan dari awal hingga akhir.
Sumber: Khasiat.Co.ID
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Assalamualaikum,
Saya nak betulkan, air nira bukanlah minuman beralkohol seperti yg saudari tulis, melainkan setelah mengalami proses penapaian.