Air nira merupakan minuman beralkohol atau sejenis tuak yang dibuat dari nira. Minuman ini merupakan sebuah air yang berasal dari bunga pohon kelapa yang rasanya manis. Air nira secara umum banyak digunakan untuk membuat minuman dan juga bisa digunakan sebagai ubat alami untuk menjaga kesehatan tubuh. Air nira memiliki pH yang berkisar antara 8 sampai dengan 9.

khasiat

Bagi mereka yang meminati air nira ini, tahukah anda minuman ini mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan. Terdapat kandungan vitamin, vitamin A, asam amino,serat,protein dan banyak lagi. Kandungan tersebut memberi khasiat dan manfaat kepada tubuh badan.

Antara khasiat air nira yang ramai tidak tahu ialah dapat mengatasi masalah sembelit. Punca utama terjadinya sembelit ialah kekurangan serat dalam pengambilan makanan seharian. Serat sangat diperlukan oleh tubuh badan.

Seterusnya, minuman ini amat baik untuk mereka yang mengalami deman panas. Minuman ini sangat bermanfaat untuk menurunkan suhu panas dalam badan sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Kekurangan sistem kekebalan dalam tubuh menyebabkan anda mengalami demam panas. Air nira dapat menurunkan suhu dalam badan.

khasiatMemiliki tulang yang sihat amat penting. Minuman ini memberi manfaat terhadap penjagaan tulang. Tulang anda memerlukan vitamin untuk berfungsi dengan sempurna. Seiring dengan peningkatan usia, tulang anda makin hari makin raput kalau anda mengabaikan penjagaannya. Terutamanya bagi kaum wanita.

Minuman air nira dapat menyegarkan tubuh disiang hari. Ini boleh memberkan tenaga kepada anda untuk bekerja. Minuman ini akan membuatkan anda aktif sepanjang hari. Selain itu, khasiat lain, dapat memperkuatkan otot, mengguatkan sel-sel tubuh badan, membantu penjagaan mata dan melawaskan pencernaan.

khasiatIni merupakan antara khasiat air nira  untuk kesihatan tubuh badan. Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda.

Kepada yang ingin merasai keenakan air nira, anda boleh menikmati air nira segar, di Ladang Nipah Ismail Che Kar, Jalan Kuala Sedaka, Yan, Kedah. Anda bukan sahaja air nira sahaja dijual, pengunjung boleh merasai makanan lain seperti laksa, ubi kayu rebus dengan ikan masin atau kelapa parut, selain agar-agar nira yang jarang dijumpai.

Tambah menarik lagi, gerai makan ini berkonsep ‘dalam ladang’. Ladang tersebut mempunyai kira-kira 300 pokok nipah dan diubah suai menjadi kedai makan dalam ladang. Konsep santai dan ‘relax’ akan menambahkan lagi selera penggunjung.

Penggunjung akan menikmati air nira segar diambil terus daripada pokok di sini dan melihat sendiri proses mengumpul air nira sehingga dijadikan minuman.

khasiatSumber: Khasiat.Co.ID

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here