PELAKON Mia Ahmad mendedahkan dirinya kini hamil.

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik jelita, Mia Ahmad atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi yang kini sedang hamil. Selepas mengalami keguguran beberapa bulan lepas. Berita gembira itu dikongsi oleh Mia menerusi akaun Instagram miliknya.

Hebahan tersebut  mendapat lebih 54.5, ‘likes’ dan 2,841 komen peminat yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan agar pelakon Hati Seorang Perempuan itu berada dalam keadaan sihat.

Mia Ahmad“Assalamualaikum, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak produksi kerana menolak tawaran berlakon, kemunculan di majlis-majlis tertentu, temu bual, dan juga beberapa program kerana kesihatan diri yang tidak mengizinkan.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak media kerana tidak menjawab panggilan dan juga whats app.

“Dengan rasa syukur, saya ingin mengumumkan saya kini hamil.

Mia Ahmad

“Ini bukanlah perkara mudah untuk saya umumkan mengenai kehamilan ini dan saya juga sedikit takut kerana beberapa bulan yang lalu saya mengalami keguguran.

Namun kejadian itu membuatkan saya menjadi kuat dan saya mengumpul keberanian untuk memberitahu mengenai kehamilan ini kepada umum.

“Saya harap anda semua memahami situasi saya.

“Saya juga berharap perjalanan kehamilan saya ini sentiasa mendapat doa anda semua. Amin,” tulisnya.

Mia Ahmad

Berita kehamilan tersebut ternyata mengejutkan peminatnya.Manakala ruangan komen entri berkenaan juga mula dihujani dengan ucapan tahniah dan doa buat isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi.

Mia Ahamd  dan Izham, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai promosi menarik ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 Sumber: Instagram @mia.ahm4d

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here