Angan-Angan Budak Kampung Jadi Kenyataan

Bermula sebagai peserta program realiti Raja Lawak pada tahun 2008, kini sudah genap 10 tahun pelawak dan pengacara terkenal Ahmad Nabil, 35, membina karier dalam industri hiburan tanah air.

Nabil

Loading...

Pelbagai kejayaan manis telah dikecapi anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu termasuklah muncul Juara Raja Lawak musim ke-2, Bintang Paling Popular, dan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009. Reputasi cemerlang Nabil dalam menempa nama di dalam industri telah berjaya meletakkan beliau ke tahap yang tinggi seperti yang dimilikinya hari ini.

Siapa sangka, daripada budak kampung yang dulunya hanya bekerja sebagai posmen dan dipanggil ‘Mat Despatch’ oleh rakan sepejabat, kini merupakan salah seorang artis paling terkenal di Malaysia. Bukan sahaja dijemput menjadi pengacara MeleTOP dan Gegar vaganza, malah beliau juga dipilih sebagai hos karpet merah Anugerah Akademi ke-89 atau Oscar di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun lalu.

BACA JUGA :   Nabil Hilang Rasa Hormat Terhadap Chef Wan? Ini Sebabnya!

Nabil di Oscar

Respon Nabil Tentang Perjalanan Karier

Mengulas mengenai perjalanan 10 tahun beliau di dalam industri, ini komen yang diberikan Nabil

“Alhamdulillah, sudah 10 tahun dalam industri, saya pernah berada di atas dan pernah jatuh. Semua pengalaman termasuk kontroversi yang pernah melanda diri saya banyak mengajar saya”, ujar beliau.

“Saya tidak terfikir untuk bersara sebaliknya saya harap kerjaya saya akan terus bertahan untuk mungkin 20 tahun lagi”, tambahnya lagi.

Mahu Ajak Peminat Buat Umrah Sekali

Justeru, sebagai meraikan ulang tahun sedekad kerjayanya, Nabil secara ikhlas mahu ‘berkongsi rezeki’ dengan peminat yang tidak putus-putus mendoakan kejayaannya. Dia berbesar hati mahu mengajak peminatnya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah bersamanya pada awal Ramadan nanti.

BACA JUGA :   VIRAL : Ini Makna Sebenar 'Tak Tun Tuang' Yang Anda Pasti Tak Sangka

Nabil Umrah

Program My Umrah Story Bersama Nabil itu akan dikendalikan syarikat pengurusan Urban Platinum Resources.

Bagi mereka yang yang berminat, bolehlah hubungi talian hotline 019-3816252 ataupun layari laman Facebook, myumrahstory dan Instagram @myumrahstory.

Nama peminat yang terpilih mengerjakan umrah bersama Nabil akan diumumkan pada Majlis Ulang Tahun ke-10 pada 24 Mac ini

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here