Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana, sekali lagi terpaksa mengugurkan kandungannya yang baru berusia dua bulan, pada beberapa hari yang lalu. Memetik laporan media, Elyana berkata keputusan itu terpaksa dibuat selepas mendapat pandangan daripada ustaz, memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan dia perlu bergantung kepada pelbagai jenis ubat.

Elyana

Loading...

“Ustaz kata kalau memudaratkan diri memang perlu digugurkan.

“Siapa yang tak sedih memandangkan saya sendiri teringin untuk mempunyai anak yang ramai.

“Sebelum ini saya hamil luar rahim pada 2016 dan perlu mengugurkan kandungan. Kini sekali lagi saya terpaksa mengugurkan kandungan.

“Kalau kanser saya masih di peringkat awal mungkin saya boleh kuatkan diri. Tapi dalam keadaan saya sekarang, saya bimbang ubat-ubatan itu akan memberi kesan kepada kandungan dan anak yang bakal lahir,” tutur penyanyi yang pernah popular dengan drama bersiri Dunia Baru ini.

BACA JUGA :   Nabil Hilang Rasa Hormat Terhadap Chef Wan? Ini Sebabnya!

Elyana

Sebelum ini, Elyana pernah menyatakan hasrat untuk mengambil anak angkat tetapi tidak berjaya.

Terdahulu, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat.

Semoga para peminat terus-menerus mendoakan agar Elyana terus tabah dan kuat untuk mengharungi cabaran yang melanda. Mana ada ibu yang sanggup menggugurkan kandungannya, melainkan dia sudah tiada pilihan lain. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Semoga beliau terus cekal.

Sumber : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan dunia hiburan tanah air, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Chef Wan Bidas Cara Pengacaraan Nabil & Jihan Di Gegar Vaganza, Sifatkan Mereka Terlampau 'Over'

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here