Penyanyi Nurshahila Amir Amzah, atau lebih mesra dengan panggilan Shila Amzah, 27 tahun akan bernikah dengan pasangan pilihan hatinya pada 19 April ini. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 3 November tahun lepas di kediaman keluarganya di Cheras.

Shila Amzah

Loading...

Haris Idraki, 28 tahun, itulah jejaka yang berjaya menawan hati Shila. Haris kini bekerja di sektor kewangan di kota London. Walaupun Shila sedang sibuk dengan jadual karier yang padat, namun persiapan perkahwinan tetap diuruskan. Tarikh resepsi dua mempelai ini akan diumumkan kelak

Menurut laporan Astro Awani, penyanyi wanita itu berkata  “Sebagai penggiat seni, saya akur dengan ketetapan untuk berulang alik terutamanya ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini”.

BACA JUGA :   Apa Kesan Penukaran Kerajaan Terhadap Pelaburan China Di Malaysia ?

Shila Amzah

Dalam pada itu, kejayaan Shila melakar nama dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018 amat membanggakan negara Malaysia sekali gus memberi  inspirasi buat anak-anak muda untuk terus bekerja keras bagi mencapai apa yang diimpikan.

Shila Amzah

Dia menzahirkan rasa syukur dengan pencapaian tersebut dan menyifatkan ia satu anugerah buatnya selepas bertungkus-lumus mencipta nama dalam industri muzik.

Selain pencapaian tersenarai dalam Forbes 30 Under 30, Shila juga baru sahaja memenangi tempat kedua dalam Global China Music Chart pada Ahad.

Shila Amzah

 Sumber: Astro Awani

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Musang King Kini Jadi Kegilaan Penduduk China, Setaraf Dengan Fenomena iPhone-X

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here