siti aafiyah

Geram melihat wajah anak Dato Siti sebab comel sangat. Setelah seminggu orang ramai menantikan pengumuman nama sebenar cahaya mata dato Khalid dan Dato’ Siti akhirnya mereka membuat pengumuman nama puteri kesayangan mereka sebagai Siti Aafiyah.

 

Cantik nama puteri kesayangan dato Siti kan? Penyanyi nombor 1 negara itu memberitahu nama anak mereka dipilih dan turut disepakati oleh seluruh ahli keluarga kerana nama tersebut sangat indah dari segi maknanya dalam bahasa Arab sendiri.

Menurut dato Siti Nurhaliza, nama diberi kepada puteri kesayangan mereka itu ketika beliau menunaikan umrah. Beliau mendapati bahawa nama itu seringkali disebut-sebut  di dalam doa dan mempunyai makna yang baik.

“Nama yang diberikan, sebenarnya saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati ia seringkali disebut di dalam doa dan maknanya adalah yang baik-baik saja,” katanya ketika pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat ibu negara.

Dalam pada itu, dato Kahlid, 59, berkata, selain daripada mempunyai makna yang indah, nama anak mereka Siti Aafiyah juga adalah mudah untuk diingati.

“Nama ini dipilih berdasarkan satu doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada bapa saudaranya, Abbas bertanya tentang doa terbaik untuk dibaca,” ujar dato Khalid.

Sementara itu, dalam doa tersebut ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan diri daripada sebarang bentuk kesusahan menimpa, menjadi sihat dan memiliki wang cukup. Oleh sebab itu, dato Khalid bersama isteri dato Siti memilih nama Siti Aafiyah untuk puteri sulung mereka berpandukan maksud tersebut.

Jika sebelum ini nama puteri sulung dato Siti digelar sebagai Az-Zahra untuk sementara waktu. Anak mereka dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, Isnin minggu lalu, gelaran itu digunakan bersempena dengan nama anakanda baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Ketika ini juga, dato Siti Nurhaliza sedang menjalani tempoh berpantang untuk seketika waktu sebelum aktif menjelang akhir tahun. Sebuah video yang dimuat naik, telah mendapat repond sangat baik, malah mendapat sejuta ‘likes’ manakala gambar si comel menggunakan gaun berwarna hijau, mendapat 6000,000 ‘likes’.

Jika mahu melihat video tersebut, hanya taip ‘Comelnya anak Siti’ atau lihat video yang dikongsikan NST TV ini.

Kelahiran puteri sulung dato Siti, mendapat sambutan baik, malah majoriti masyarakat memberikan pujian wajah comel anak sulung mereka Siti Aafiyah. Dato Siti Nurhaliza hanya mampu meluahkan: “Inilah penyejuk hati, anugerah Ilahi…Anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.”

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here