Gapailah Impian Anda Untuk Menuntut Ilmu di Universiti Terkemuka Luar Negara!

Pepatah Arab ada mengatakan ‘belajarlah hingga ke negeri China’, yang mana setiap manusia itu disuruh untuk sentiasa mencari ilmu kerana ilmu tidak akan pernah habis walaupun setiap hari kita memperolehi satu ilmu baru.

Merealisaikan impian bagi seseorang pelajar untuk sambung belajar di luar negara bukanlah suatu perkara mudah tanpa adanya semangat dan cita-cita tinggi. Berdiri, melihat dan merasai suasana pengalaman baru di negara asing akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih matang dalam melihat dunia sebenar.

Loading...

Hakikatnya, ramai yang menyimpan cita-cita besar seperti ini tetapi cita-cita itu seolah-olah tersekat di satu sudut iaitu apabila mereka mula terfikir tentang kos perbelanjaan pengajian dan kos sara hidup di luar negara.

“Ibu bapa tidak mempunyai wang untuk menghantar saya belajar ke luar negara, apa saya perlu buat untuk capai cita-cita saya ini ?”

Persoalan ini yang seringkali muncul dalam fikiran para pelajar, betul tak ?

Bila sebut tentang belajar di luar negara, ramai yang salah faham bahawa ianya melibatkan perbelanjaan yang tinggi, syarat kemasukan sangat ketat, tak boleh sesuaikan diri dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya itu adalah tidak betul sama sekali. Universiti-universiti yang diuruskan oleh Daulah menawarkan yuran pengajian yang rendah dan berpatutan.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Realisasikan Impian Pelajar Malaysia Untuk Ikuti Jurusan Perubatan, Pergigian & Farmasi Di Mesir

Tambahan pula, kos sara hidup di kebanyakan negara tersebut adalah rendah kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding mata wang mereka, terutamanya di Mesir dan Indonesia. Jadi, dari segi perbelanjaan memang tidak ada masalah.

Daulah Educonsult Platform Terbaik Buat Anda 

Justeru, pihak DAULAH EDUCONSULT SDN. BHD. menawarkan peluang sambung belajar di universiti-universiti terkemuka luar negara dalam pelbagai bidang termasuklah Perubatan, Farmasi, Pergigian, Syariah, Usuluddin, Ulum Islamiah (Pengajian Islam), Veterinar, Engineering, Bahasa Arab dan banyak lagi. Kesemua bidang ini ditawarkan di beberapa buah negara yang diiktiraf MQA seperti Mesir, Rusia, Poland, Indonesia, Bangladesh, Turki, dan India.

Keistimewaan yang bakal anda perolehi apabila melanjutkan pengajian di luar negara adalah kos sara hidup dan pengajiannya adalah sangat berpatutan. Di luar sana juga terdapat ramai pelajar-pelajar daripada Malaysia. Syarat untuk melanjutkan pengajian hanya perlu menggunakan SPM/STAM (Mesir) ataupun STPM sahaja.

Selain itu, anda akan dapat belajar tentang budaya-budaya unik yang diamalkan oleh masyarakat di sana. Sememangnya peluang sebegini sangat sukar untuk diperolehi di tempat-tempat lain. Anda juga akan dapat menguasai pelbagai bahasa asing apabila berkomunikasi dengan penduduk tetap di sana.

BACA JUGA :   Impian Sambung Pengajian Di Universiti Terkemuka Mesir, Rusia, Turki, India, Indonesia, Poland, Bangladesh Kini Jadi Kenyataan Dengan Daulah Educonsult

Masalah Kewangan Bukan Penghalang

Bagi para pelajar yang mungkin menghadapi sedikit kesulitan untuk melanjutkan pengajian di luar negara, anda tidak perlu risau kerana OCBC Bank ada menawarkan pinjaman pelajaran untuk mana-mana pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.

OCBC Bank juga telah memperkenalkan Pinjaman Pendidikan OCBC Earn  and  Learn, pinjaman pengajian pertama di Malaysia yang menampilkan deposit tetap sebagai cagaran. untuk tujuan pengajian.

Bergantung kepada simpanan deposit tetap, membolehkan mereka secara bebas menambah jumlah maksimum ditawarkan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan meminimumkan penggunaan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi talian 03-83175000 atau layari laman web www.ocbc.com.my

Untuk informasi lebih lanjut mengenai jurusan-jurusan dan universiti di luar negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult, anda boleh layari laman web mereka iaitu www.daulahmedic.com

Sebarang pertanyaam, boleh hubungi di talian khidmat pelanggan di nombor 018-9624322 serta melalui emel daulahmedic@gmail.com

Jadi apa tunggu lagi, jangan sia-siakan peluang ini dan gapailah cita-cita anda untuk menimba ilmu di universiti terkemuka di luar negara!

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here