Aplikasi Bigo Live sememangnya sangat terkenal dalam kalangan pengguna-pengguna telefon pintar masa kini. Melalui Bigo, para pengguna dapat berinteraksi secara langsung dalam bentuk video dengan kenalan-kenalan di alam maya.

Bigo

Loading...

Namun begitu, terdapat juga sebilangan pengguna Bigo tersebut yang menyalahgunakan aplikasi tersebut untuk tujuan yang tidak sihat. Contohnya seperti mempamerkan tarian yang seksi dan melakukan aksi-aksi lucah dengan niat untuk mendapatkan lebih ramai tontonan.

Salah seorang selebriti dan penyampai radio terkenal iaitu Zulin Aziz tampil memberi nasihat kepada golongan-golongan yang menggunakan Bigo untuk tujuan yang bukan-bukan ini. Nasihat dan peringatan itu dikongsikan di laman Twitter miliknya.

Zulin Aziz Bigo

Memang benar nasihat yang diberikan oleh Zulin Aziz ini. Di zaman teknologi zaman sekarang, boleh dikatakan semua kelakuan kita di media sosial boleh dirakam dan tersebar dengan begitu cepat sekali.

BACA JUGA :   [VIRAL] Lelaki Melayu Pertama Yang Kahwin Sejenis Di Australia ?

Oleh itu, diharapkan anda semua dapat berfikir masak-masak tentang akibat yang bakal ditanggung sekiranya anda berkelakuan lucah di media sosial, terutamanya BigoLive.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here