Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia kian hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ramai pelanggan yang mengalami masalah kerosakan beg bagasi setelah sampai ke destinasi. Salah seorang yang baru sahaja mengalami masalah itu adalah artis terkenal Dato AC Mizal.

 

Dato AC Mizal sangat tidak berpuas hati selepas travel daripada Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan medapati beg kepunyaannya rosak.

ac mizal
sumber foto : youtube

Sepatutnya seseorang itu mendapat kepuasan yang diinginkan apabila sedang dalam percutian ataupun perjalanan dan bukannya kehampaan sedemikian.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Dato AC Mizal di laman media sosial miliknya, beliau mempersoalkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat IAirAsia.

Beliau sangat kesal terhadap service yang diberikan oleh syarikat berkenaan. Perkongsian dibuat menerusi laman facebook AC Mizal mendapat perhatian netizen yang turut serta mengecam tindakan kakitangan AirAsia kerana sudah ramai pelanggan mengalami masalah yang sama.

Jika sebelum ini viral isu basikal rosak di lapangan terbang, dan mereka menebus kesilapan itu dengan aksi mencium beg pelanggan sebagai tanda mereka sangat menghargai pelanggan. Namun tidak berapa lama kemudian, masalah sama berlaku lagi?

ac mizal
sumber foto : mStar

Kejadian itu menyebabkan dato AC Mizal terpaksa membeli beg baru untuk menggantikan beg yang rosak itu. Namun, beliau turut memperosalkan, “bagaimana dengan beg baru yang akan saya bawa balik ke Kuala Lumpur nanti, adakah sama seperti ini atau bagaimana?”

Beliau menegaskan supaya syarikat berkenaan perlu mempunyai sikap respect kepada customer dan mengatakan service diberikan sangat teruk, dan langsung tidak membantu bagi pihak customer walaupun beg berkenaan sudah dibalut dengan plastik.

ac mizal
sumber foto : youtube

Bagaimanapun, riak wajah artis dan pengacara MLM terkenal itu sungguh kecewa apabila beg kepunyaannya rosak dan tidak seperti yang dijangkakan.

Hastag beliau kepada syarikat penerbangan AirAsia iaitu #murahdanpunah #hancurbeg

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here