Penyanyi British, Dua Lipa meluahkan kekecewannya terhadap segelintir pengguna media sosial di Malaysia yang mengejek panggilan ‘babi’ kepadanya.

 

Kontroversi itu tercetus pada bulan lepas apabila Dua Lipa memuat naik sebuah post di Instagram bagi mengucapkan selamat hari jadi kepada bapanya. Di ruangan kapsyen, penyanyi itu menulis “Happy birthday babi” yang bermaksud selamat hari jadi ayah di dalam bahasa Albania.

Dua Lipa
Kapsyen asal yang dimuatnaik di Instagram.

Walaubagaimanapun, pengguna media sosial di Malaysia menganggap perkara itu sebagai bahan jenaka dan mula menyindirnya di ruangan komen.

Disebabkan terlalu banyak ejekan, Dua Lipa akhirnya terpaksa menukar kapsyen itu kepada “Happy birthday dad”

Dua Lipa
Kapsyen yang terpaksa diubah. Sumber foto : SAYS.com

Di dalam satu temu bual majalah fesyen, Dua Lipa memberitahu bahawa dia merasa sangat kecewa dengan rakyat Malaysia yang tidak menghormati bahasa yang digunakannya.

Dia juga merasa tersinggung diperlakukan sedemikian memandangkan dia bukannya berbahasa Melayu.

Dua Lipa

Sehubungan dengan itu, para peminat Dua Lipa di Malaysia merayu agar penyanyi itu tidak membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di negara in pada 3 Mei 2018 nanti.

Setakat ini, masih tiada desas-desus yang mengatakan penyanyi itu mahu membatalkan konsertnya di Malaysia gara-gara isu terbabit.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here