Khasiat lobak merah dalam kesihatan dan kecantikan harian

   sayur

Daripada pemerhatian rambang, ramai wanita muda sama ada yang sudah mempunyai anak atau masih solo sangat memilih dalam soal pengambilan sayur-sayuran. Bahkan ada yang langsung tidak makan sayur walaupun tahu ia mengandungi banyak khasiat dan vitamin bukan untuk kesihatan saja, malah kecantikan.

Ramai yang lebih rela membelanjakan puluhan atau ratusan ringgit membeli produk kecantikan daripada mengunyah sayur-sayuran.Lobak merah antara sayuran yang enak dinikmati dalam hampir semua hidangan. Ia juga baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh terutama pada kulit, mata, sistem penghadaman dan gigi.

sayurSecara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Malah pengambilan sayur-sayuran dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang terang-terangan mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu khasiat yang diperolehi apabila mengambil lobak merah.

Lobak merah atau ‘corrot’ adalah dalam kategori sayur-sayuran yang mudah ditanam dan membesar. Ramai dalam kalangan kita yang gemar memakan lobak merah namun, masih kurang tahu tentang khasiat sayur ini.

sayur

Rasa lobak merah sangat sedap. Boleh dimakan mentah atau dimasak. Namun, jangan terlalu ‘over cook’ ye, takut khasiatnya hilang pulak. Disini kami ingin berkongsi dengan anda  beberapa khasiat dan kebaikan yang diperolehi dengan memakan sayuran ini.

Lobak merah sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dapat menghalang pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sihat.

Lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.

sayur

Lobak merah berfungsi untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan Nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah, dapat menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

Selain itu, lobak merah boleh merawat mata anda dan mengekalkan penglihatan yang lebih baik. Ini kerana dalam lobak merah terkandung vitamin A dan B. Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.

sayur

Lobak amat sesuai dimakan untuk anda yang mengalami masalah mata. Beta-carotene membantu melindungi daripada degenerasi macula dan perkembangan katarak.

Selain itu, dengan memakan lobak dapat meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu memerangi kanser. Kajian menunjukkan dengan makan lobak merah boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon.

Ini kerana lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak merah yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun, ia bukannya berbahaya kepada manusia tetapi dapat mencergah kanser.

Dalam kajian juga menyatakan bahawa, makan satu lobak merah setiap hari dapat membantu anda mengeluarkan kolestrol yang tidak baik untuk badan. Disamping untuk kesihatan, khasiat lobak merah dapat meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak kerana mempunyai banyak kalori membantu tajamkan ingatan kanak-kanak.

sayurLobak merah boleh dibuat jus. Jusnya sangat berkhasiat dan dapat memberikan ketenangan setiap hari jika diamalkan minumnya. Selain bagus untuk mereka yang mengalami diabetis. Tapi mesti ‘original’ tanpa tambahan gula atau perasa lain.

Lobak merah berupaya untuk mengurangkan risiko ‘stroke’. Berdasarkan kajian dari Universiti Harvard, sesiapa yang kerap makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu, peratus untuk mengalami ‘stroke’ adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebijik lobak merah sahaja dalam seminggu.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh amalkan makan lobak merah bagi mendapatkan gigi yang cantik. Lobak merah bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Lobak merah mengandungi mineral semulajadi yang dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

sayur

Mulai hari ini, keraplah anda makan lobak merah. Makanlah lobak merah hari ini, demi kesihatan diri dan kecantikkan anda.

Sumber: my METRO

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here