Segelintir peminat Bruno Mars di negara ini berkemungkinan besar tidak dapat keluar mengundi memandangkan tarikh konsert penyanyi terkenal itu adalah sama dengan hari mengundi PRU 14 iaitu pada Rabu, 9 Mei 2018.

 

Walaubagaimanapun, penganjur konsert tersebut, PR Worldwide menerusi laman rasmi Facebook mereka meminta agar peminat bersabar dan menantikan pengumuman rasmi berhubung perkara itu.

“Terima kasih atas semua mesej dan panggilan telefon yang dibuat berhubung konsert Bruno Mars yang jatuh pada hari sama mengundi.

“PR Worldwide akan membuat kenyataan rasmi tidak lama lagi,” tulis pihak syarikat itu di Facebook.

Bruno Mars
Penganjur, PR Worldwide

Konsert Bruno Mars 24K Magic World Tour bakal berlangsung di Axiana Arena, Bukit Jalil pada pukul 8.30 malam.  Selain disokong oleh Malaysia Major Events, konsert tersebut juga mendapat pengiktirafan oleh agensi di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia.

Sejak dijual bermula Ogos tahun lalu, kesemua 12,000 tiket yang berharga RM398, RM568 sudahpun habis dijual.

Bruno Mars

Apa-apapun, dinasihatkan kepada para penonton yang hadir menyaksikan konsert tersebut agar tidak lupa menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam mengundi. Konsert setiap tahun boleh buat, tetapi peluang untuk mengubah nasib negara hanyalah 5 tahun sekali sahaja.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here